Instagram Sedang Menguji Ciri Perkongsian Peribadi Untuk Akaun Terpilih

Servis perkongsian gambar Instagram kini sedang menguji ciri perkongsian peribadi untuk golongan tertentu atau akaun yang dipilih oleh pengguna seperti rakan dan ahli keluarga sahaja. Dipanggil sebagai Favourites, hanya akaun yang dipilih sahaja boleh melihat perkongsian yang terdapat dalam Favourites tersebut.

Mungkin ada pengguna yang ingin berkongsikan suatu gambar tapi hanya mahu dikongsikan dengan rakan yang rapat atau ahli keluarga dan tidak mahu orang lain melihatnya. Masalah ini boleh berlaku pada akaun yang mempunyai jumlah ribuan pengikut yang tidak dikenali dan merasakan privasi mereka akan terganggu.

Oleh itu, anda boleh memilih untuk perkongsian peribadi kepada akaun yang dipilih oleh anda dan boleh membuang akaun tersebut daripada senarai akaun Favourites. Pengguna yang dipilih sahaja akan nampak perkongsian peribadi dengan tertera logo Favorites berwarna hijau pada perkongsian tersebut.

Pengguna yang tidak dipilih tidak boleh melihat perkongsian peribadi yang dikongsikan oleh anda termasuklah pada tab Favourites akaun anda. Menurut Instagram, ciri ini bakal dikeluarkan dalam aplikasi pada beberapa bulan akan datang.

 

Sumber artikel: The Verge

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *