Instagram Sedang Menguji Sokongan Offline Untuk Aplikasi Pada Peranti iOS

Semasa persidangan khas untuk pembangun, Facebook F8, servis perkongsian gambar Instagram memperkenalkan sokongan offline yang kini hadir untuk aplikasi Android mereka. Menurut sumber TechCrunch, jurucakap kepada Facebook berkata, mereka kini sedang ‘mencuba dan menguji’ untuk menambahkan fungsi yang penting ini kepada pengguna peranti iOS yang mempunyai masalah rangkaian internet yang lemah atau tiada pelan data.

Dinamakan sebagai “Offline Mode”, pengguna boleh mengakses kandungan yang telah dimuat-kan sebelum ini, menyukai atau memuat naik sesuatu gambar atau video, meninggalkan komen, follow dan unfollow akaun, malah menyimpan sesuatu gambar atau video untuk dilihat kemudian. Semua perkara yang dilakukan akan disimpan pada aplikasi berkenaan, dan ia seterusnya akan dilaksanakan apabila pengguna berhubung ke internet.

Facebook Lite, merupakan edisi khas untuk aplikasi Facebook bagi pengguna dengan masalah sambungan internet telah digunakan lebih daripada 200 juta pengguna dalam masa satu tahun. Dengan ini, sokongan offline untuk Android (dan diharap bakal hadir untuk peranti iOS) akan membantu pengguna yang menghadapi masalah rangkaian internet yang lemah untuk terus berhubung menggunakan servis aplikasi sosial perkongsian gambar ini.

 

Sumber artikel: iDownloadblog dan Amanz

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *