iOS 10.3.2 Public Beta 1 Dikeluarkan Untuk Pengguna Berdaftar

Selepas mengeluarkan iOS 10.3.2 Beta 1 kepada pembangun semalam, Apple hari ni telah mengeluarkan iOS 10.3.2 Public Beta 1 kepada pengguna yang berdaftar dalam program Public Beta. iOS 10.3.2 mula keluar selepas sehari iOS 10.3 dilepaskan secara rasmi dengan pelbagai ciri dan fungsi terbaru.

Pengguna yang telah berdaftar dengan program Public Beta akan mendapat notifikasi iOS 10.3.2 beta ini secara Over The Air (OTA) selepas memasang sijil profil pada peranti iOS anda.

Bagi pengguna yang berminat, anda juga boleh daftar menggunakan akaun Apple ID di laman sesawang program Public Beta. Tutorial untuk pendaftaran turut disediakan. Pengguna boleh juga mendapatkan versi beta bagi macOS Sierra. Versi beta ini adalah tidak stabil dan mempunyai pelbagai pepijat, anda disarankan untuk menggunakan versi beta ini pada peranti kedua.

Dalam informasi yang dikeluarkan oleh Apple selepas mengeluarkan iOS 10.3.2 Beta 1, ia hanya menyelesaikan masalah arahan untuk Sirikit. Ciri dan fungsi terbaru tidak diketahui umum. Sebagai minor update, iOS 10.3.2 dilihat memfokuskan kepada membaiki pepijat yang ada serta peningkatan prestasi.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *