iOS 10.3.2 Public Beta 2 Dan macOS Sierra 10.12.5 Public Beta 2 Dikeluarkan Untuk Pengguna Berdaftar

Dengan versi beta 2 untuk iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 dan macOS 10.12.5 dikeluarkan untuk pembangun semalam, Apple hari ini telah mengeluarkan versi public beta 2 kepada pengguna yang berdaftar dengan program public beta. Sebelum ini iOS 10.3.2 Public Beta 1 dikeluarkan pada 2 minggu lepas diikuti dengan macOS Sierra 10.12.5 Public Beta 1 juga.

Versi public beta 2 ini tiada perubahan dari segi ciri dan fungsi terbaru, hanya penampalan pepijat dan peningkatan prestasi misalnya untuk iOS 10.3.2 telah membaiki masalah aplikasi VPN dari pihak ketiga yang gagal berfungsi tapi Siri mungkin akan menghadapi masalah untuk berfungsi dalam versi ini. Apple juga turut memperkenalkan sistem fail APFS dalam kemas kini iOS 10.3 sebelum ini yang terdapat pelbagai ciri dan fungsi terbaru. Disamping itu, iOS 10.3.1 juga telah dilepaskan untuk membaiki dan menampal pepijat pada iCloud termasuklah lubang exploit di Safari.

Fixed in this Release

Third-party VPN apps should now work as expected

Notes and Known Issues

Siri text responses may be incomplete

Selain itu, iOS 10.3.2 Public Beta 2 ini juga telah membawakan kembali sokongan peranti 32-bit setelah ia tidak dikeluarkan semasa versi public beta 1 yang dahulu.

Dalam kemas kini macOS Sierra 10.12.5 Public Beta 2 ini tidak disertakan sebarang ciri dan fungsi dalam nota kemas kini dan dianggap memfokuskan kepada pembaikian dan menampal pepijat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi selepas macOS 10.12.4 dilepaskan secara rasmi yang turut memperkenalkan fungsi Night Shift.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh daftar menggunakan akaun Apple ID di laman sesawang program Public Beta. Tutorial untuk pendaftaran turut disediakan. Versi beta ini adalah tidak stabil dan mempunyai pelbagai pepijat, anda disarankan untuk menggunakan versi beta ini pada peranti kedua atau membuat dwi-boot (macOS).

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *