iOS 10.3.2 Public Beta 5 Dikeluarkan Untuk Pengguna Berdaftar

Apple secara mengejutnya telah mengeluarkan kemas kini versi beta 5 untuk iOS 10.3.2 kepada pembangun, pengguna berdaftar juga mendapat kemas kini versi beta ke-5 ini. Pengguna yang berdaftar boleh membuat kemas kini iOS 10.3.2 Public Beta 5 menggunakan secara over-the-air (OTA) pada peranti iOS yang telah dipasang profil berdaftar.

Bagi pengguna yang ingin menyertai program public beta ini, boleh daftar menggunakan akaun Apple ID di laman sesawang program Public Beta. Versi beta ini adalah tidak stabil dan mempunyai pelbagai pepijat, anda disarankan untuk menggunakan versi beta ini pada peranti kedua dan bukan memasangnya pada peranti utama.

Beta 5 ini juga merupakan kemas kini kecil yang dilihat sebagai memfokuskan kepada pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi. Apple bakal memperkenalkan kesemua sistem operasi ini pada acara khas Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) yang akan berlangsung pada bulan Jun ini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *