iOS 10.3.3 Beta Menambahkan Tiga Wallpaper Baharu, Muat Turun Di Sini

Pada pagi tadi Apple telah mengeluarkan kemas kini versi beta 1 untuk iOS 10.3.3 dan termasuklah watchOS 3.2.3, tvOS 10.2.2 serta macOS 10.12.6 kepada pembangun. Dalam kemas kini ini, tidak ada sebarang ciri dan fungsi terbaru yang ditambah tapi terdapat 3 wallpaper baharu yang ditambah khas untuk iPad Pro 12.9-inci sahaja.

Tiga wallpaper tersebut ditangkap daripada pandangan atas yang menunjukkan pandangan pantai daripada lokasi yang berlainan. iOS 10.3.3 masih dalam versi beta dan tidak semua pengguna boleh untuk mendapat wallpaper ini tapi anda boleh muat turun di bawah atas sumber oleh 9to5Mac dan boleh digunakan pada peranti anda yang lain.

Berkemungkinan wallpaper ini dikeluarkan khas untuk iPad Pro 12.9-inci sebagai petanda/petunjuk untuk iPad Pro 10.5-inci yang bakal diperkenalkan pada WWDC 2017 akan datang. Kesemua wallpaper ini mungkin akan dijadikan wallpaper utama untuk pembentangan iPad Pro tersebut.

Anda juga boleh muat turun pada pautan mengikut (klik/ketik) nama wallpaper untuk resolusi yang lebih tinggi berbanding yang dimuat naik di laman ini (kualiti akan berkurangan setelah dimuat naik).

1. Sparrow

2. Albany Gold

3. Rose Gold

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *