iOS 10.3.3 Public Beta 1 Dan macOS 10.12.6 Public Beta 1 Dikeluarkan Untuk Pengguna Berdaftar

Semalam Apple telah mengeluarkan kemas kini versi beta 1 untuk iOS 10.3.3, watchOS 3.2.3, tvOS 10.2.2 dan macOS 10.12.6 kepada pembangun, hari ini Apple telah mengeluarkan kemas kini iOS 10.3.3 Public Beta 1 dan macOS 10.12.6 Public Beta 1 kepada pengguna berdaftar dalam program Public Beta. Pembangun dan pengguna berdaftar akan mencuba sistem operasi ini sebelum dilepaskan kepada semua pengguna.

– MacRumors

Kemas kini ini hanya dilihat untuk pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi. Kesemua kemas kini versi beta sistem operasi ini tidak mempunyai sebanyak ciri dan fungsi terbaru yang boleh dijumpai dan hanya kemas kini kecil untuk sistem operasi yang sebelum ini.

iOS 10.3.3, watchOS 3.2.3, tvOS 10.2.2 dan macOS 10.12.6 juga mungkin merupakan kemas kini terakhir untuk versi sistem operasi masing-masing disebabkan Apple bakal memperkenalkan sistem operasi iOS 11, watchOS 4, tvOS 11 dan macOS 10.13 baharu pada WWDC 2017 yang akan datang serta diuji untuk beberapa bulan sebelum dilepaskan untuk semua pengguna.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *