iOS 10.3.3 Public Beta 4 Dan macOS 10.12.6 Public Beta 4 Dikeluarkan Untuk Pengguna Berdaftar

Diikuti dengan kemas kini versi beta 4 untuk pembangun bagi iOS 10.3.3, tvOS 10.2.2 dan macOS 10.12.6, Apple juga telah mengeluarkan kemas kini versi beta 4 untuk pengguna yang berdaftar dengan program Public Beta. Kemas kini ini hanya dilihat untuk pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi.

Kesemua kemas kini versi beta sistem operasi ini tidak mempunyai sebanyak ciri dan fungsi terbaru yang boleh dijumpai dan hanya kemas kini kecil untuk sistem operasi yang sebelum ini. Cuma, ada penambahan wallpaper untuk iPad Pro pada iOS 10.3.3 dan anda boleh muat turun di sini.

iOS 10.3.3, watchOS 3.2.3, tvOS 10.2.2 dan macOS 10.12.6 juga mungkin merupakan kemas kini terakhir untuk versi sistem operasi masing-masing setelah Apple memperkenalkan kesemua sistem operasi iOS 11, watchOS 4, tvOS 11 dan macOS 10.13 baharu pada Apple WWDC 2017 yang lepas.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *