iOS 11.2 Beta 3 Memperkenalkan Notifikasi Menerangkan Fungsi Wi-Fi/Bluetooth Pada Control Center

Apabila iOS 11 diperkenalkan, Apple telah mengubah cara bagaimana Wi-Fi dan Bluetooth berfungsi. Kedua-duanya tidak dinyahaktifkan apabila dimatikan (toggle off) pada butang tetapan tersebut yang terdapat pada Control Center iOS 11. Dengan cara ini juga, terdapat pengguna yang salah sangka dan tidak paham akan cara aktif dan nyahaktif kedua-dua sambungan ini.

Dalam iOS 11.2 Beta 3 yang dikeluarkan pada pagi tadi, Apple telah menambah notifikasi maklumat yang menerangkan bagaimana Wi-Fi dan Bluetooth ini berfungsi. Notifikasi tersebut akan menerangkan, mematikan (toggle off) Wi-Fi dan Bluetooth pada Control Center hanya memutuskan sambungan daripada aksesori atau servis lain, tidak dinyahaktifkan sepenuhnya seperti sebelum ini.

Walaupun telah dimatikan pada Control Center, tetapan Wi-Fi dan Bluetooth akan masih tersedia untuk AirDrop, AirPlay, Apple Pencil, Apple Watch, Location Services, dan ciri Continuity seperti Handoff dan Instant Hotspot. Warna ikon juga berwarna putih dengan tertera ‘Not Connected’ apabila dimatikan pada Control Center dan jika dimatikan pada Settings akan tertera ‘Off’ dengan ikon berwarna kelabu.

Jika tetapan Bluetooth dimatikan (toggle off) pada Control Center, sebuah peranti iOS tidak dapat disambungkan kepada aksesori Bluetooth sehinggalah dalam satu situasi:

● Anda menyahaktifkan kembali Bluetooth pada Control Center.
● Anda menyambungkan dengan aksesori Bluetooth pada Settings > Bluetooth.
● Telah mencapai waktu pukul 5.00 pagi, ikut waktu tempatan.
● Anda menghidupkan semula (Restart) peranti.

Apabila tetapan Wi-Fi dimatikan (toggle off) pada Control Center, fungsi auto-join untuk sambungan Wi-Fi terdekat juga akan dinyahaktifkan sehinggalah dalam satu situasi:

● Anda menyahaktifkan kembali Wi-Fi pada Control Center.
● Anda menyambungkan ke rangkaian Wi-Fi Settings > Wi-Fi.
● Anda berjalan atau memandu ke lokasi yang terbaru atau berlainan.
● Telah mencapai waktu pukul 5.00 pagi, ikut waktu tempatan.
● Anda menghidupkan semula (Restart) peranti.

Pengguna iOS 11 boleh menyahaktifkan sepenuhnya kedua-dua tetapan Wi-Fi dan Bluetooth untuk semua rangkaian dan aksesori dengan mematikan fungsi tetapan tersebut pada Settings > Wi-Fi dan Settings > Bluetooth.

Tambahan, pada peranti iPhone X juga akan terdapat satu palang di bawah ikon selular, Wi-Fi dan bateri pada bahagian kanan atas bagi memudahkan untuk pengguna tahu tempat Control Center diakses terletak di situ. Palang tersebut tidak dipaparkan pada halaman Home Screen atau ketika berada dalam aplikasi.

Sumber: MacRumors

Bagi yang tidak tahu, mengakses Control Center pada iPhone X boleh dilakukan dengan menatal ke bawah pada bahagian kanan atas. Berlainan dengan menatal dari bawah ke atas pada peranti iPhone yang lain sebelum ini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *