Berita iOS

iOS 11 Bakal Hadir Dengan Sokongan Sistem Pengurusan Fail?

Dalam beberapa jam sahaja sebelum Apple Worldwide Developer Conference (Apple WWDC) 2017 yang bakal berlangsung pada pagi besok, terdapat aplikasi baharu yang telah hadir pada App Store yang dikemukakan dan dibangunkan oleh Apple. Pengurusan fail ataupun ‘file manager’ merupakan sistem untuk menguruskan fail atau data yang terdapat pada peranti atau komputer tersebut.

Dijumpai oleh Steven Troughton-Smith, aplikasi ‘Files’ telah hadir dalam kategori ‘Utilities’ pada App Store dan boleh dilihat pada pautan ini. Tidak ada tertera sebarang maklumat yang lebih lanjut mengenai penggunaan aplikasi ini dan hanya tertera “Files App for iOS”. Menurut Steven, aplikasi ini hanya disokong oleh peranti 64-bit yang menggunakan iOS 11.

Jika betul, ia merupakan perubahan yang ketara berlaku pada sistem operasi iOS dengan ciri ini yang telah dinantikan oleh pengguna iOS. Dengan ini, pengguna boleh mengakses fail, data dan dokumen yang terdapat pada peranti masing-masing dalam satu aplikasi sahaja. Selain itu, terdapat juga aplikasi Activity pada App Store yang mungkin membolehkan pengguna untuk membuangnya daripada peranti.

Apakah itu Apple Worldwide Developer Conference? Baca di sini.

Tag