iOS 11 Public Beta 1 Boleh Dimuat Turun Oleh Semua Pengguna

Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini versi beta 1 untuk pengguna yang berdaftar dengan program Public Beta. Sebelum ini, Apple telah mengeluarkan iOS 11 ini untuk pembangun selepas memperkenalkannya pada Apple WWDC 2017 yang lepas. Pengguna umum/biasa boleh memuat turun dan menggunakan iOS 11 dalam versi Public Beta tanpa perlu menggunakan akaun pembangun dan boleh menggunakan akaun Apple ID sedia ada.

Perlu diingatkan bahawa versi Public Beta ini adalah masih belum stabil dan masih mempunyai pepijat. ‘Lag‘, ‘slow‘, ‘crash‘, bateri cepat habis adalah perkara biasa yang akan terjadi apabila menggunakan versi beta ini, jadi jangan harap ia boleh digunakan seperti iOS Umum. Aplikasi juga masih belum ada yang dikemaskini untuk menyokong sistem operasi baharu ini.

Bagi yang ingin mencuba dan menggunakan iOS 11 Public Beta 1 ini, disarankan untuk menggunakan pada peranti kedua dan bukan pada peranti harian anda. Ini adalah untuk mengelakkan dari masalah yang bakal terjadi ketika menggunakan iOS 11 Public Beta 1 ini yang berkemungkinan menyebabkan anda tidak boleh menggunakan peranti harian anda dan perlu restore/downgrade jika perlu.

Sebelum itu, pahamkan maksud kategori iOS Developer Beta, iOS Public Beta dan iOS Umum/Public ini. Tutorial untuk mendaftar program Public Beta boleh diikuti di sini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *