iOS: Developer Beta VS Public Beta VS Umum/Public

Sistem operasi iOS pada masa kini terdapat dalam versi tiga kategori dan dalam ketiga-tiga kategori ini adalah tidak sama dari segi cara untuk mendaftar. Apple sebelum ini hanya mempunyai dua kategori sahaja iaitu iOS Developer Beta dan iOS Umum/Public sebelum mengumumkan program iOS Public Beta untuk pengguna umum/biasa bermula dari iOS 8. Maksud kategori iOS yang sedia ada ini:

1) Developer Beta*

● Versi percubaan kepada iOS Umum/Public rasmi yang dikeluarkan selepas sahaja Apple WWDC dibentangkan atau sebelum waktu major/minor iOS yang dikeluarkan. iOS ini khas dan dikhususkan kepada pembangun aplikasi yang telah berdaftar dan mempunyai akaun pembangun dengan Apple sahaja.

● Tujuan iOS ini dikeluarkan dahulu adalah untuk pembangun mencuba iOS tersebut dan menguji pada aplikasi yang dibangunkan oleh mereka supaya ia lebih stabil dan tak ada sebarang ‘lag’, ‘crash’ dan sebagainya semasa versi Umum/Public yang stabil dikeluarkan.

● Pada iOS ini mempunyai banyak pepijat yang membuatkan idevice akan ‘lag’, ‘stuck’ dan aplikasi juga tidak dapat berfungsi sepenuhnya disebabkan ia masih belum stabil dan belum lagi dikemaskini untuk menyokong versi iOS ini.

● iOS ini juga merupakan cara untuk Apple mendapatkan maklum balas daripada pembangun bagi ketahui sebarang pepijat atau apa sahaja masalah, maklum balas dan laporan untuk diperbaiki pada versi beta akan datang dan pada versi Umum/Public.

● Untuk mendapatkan versi Beta ini, anda perlu mendaftar akaun pembangun yang berharga $99 setahun terlebih dahulu pada: https://developer.apple.com/

● Selepas mendaftar, pembangun boleh memuat turun profile certificate untuk menerima kemas kini Developer Beta.

2) Public Beta*

● Versi percubaan kepada iOS Umum/Public rasmi untuk program Public Beta dikhususkan bagi pengguna umum/biasa (macam kita semua) untuk menguji iOS yang bakal dikeluarkan sebelum mengeluarkan iOS Umum/Public, sama seperti iOS Developer Beta yang dikhususkan untuk pembangun.

● Versi iOS ini dikeluarkan kepada pengguna berdaftar selepas versi Developer Beta dikeluarkan yang kebiasaannya dalam tempoh pada hari yang sama atau 3-4 hari dan kadangkala sehingga seminggu.

● Versi iOS ini mempunyai Profile Certificate khas pada Setting > General > Profile > “iOS X Public Beta Software”. Jika anda membuang dan menghidupkan semula peranti, ia akan menjadi versi iOS Developer Beta dan akan menerima kemas kini iOS Developer Beta dan bukannya iOS Public Beta.

● iOS ini sudah diperbaiki dan dibaik pulih daripada versi iOS Developer Beta yang tidak mempunyai banyak pepijat tapi masih juga ada, cuma ia agak stabil sedikit tapi belum stabil sepenuhnya berbanding versi iOS Developer Beta.

● Sama seperti Developer Beta, iOS Public Beta ini juga merupakan cara untuk Apple mendapatkan maklum balas dan laporan dari penggguna umum sendiri.

● Untuk mendapatkan versi Public Beta ini, anda perlu mendaftarkan peranti anda dengan menggunakan Apple ID sedia ada pada tutorial ini.

● Selepas mendaftar, pengguna umum/biasa boleh memuat turun profile certificate untuk menerima kemas kini Public Beta.

● Apabila versi Golden Master (GM) iaitu kemas kini terakhir dikeluarkan dan telah dikemas kini, ia adalah merupakan versi iOS Umum/Public rasmi bermaksud anda boleh membuat profile certificate tersebut jika tidak mahu menerima versi Beta akan datang (jika ada) dan mahu menggunakan versi iOS Umum/Public rasmi seperti biasa.

* versi Developer Beta dan Public Beta mempunyai tarikh luput (kecuali versi GM) yang boleh digunakan dalam tempoh masa ditetapkan. Apabila ia sudah luput, sistem operasi dan peranti anda tidak boleh digunakan dan perlu dikemaskini ke versi beta seterusnya atau iOS Umum/Public (jika dah keluar). Kedua-dua iOS ini biasanya akan luput selepas 2-4 minggu iOS Umum/Public rasmi dilepaskan. Bila menggunakan versi ini, anda memang perlu dekat dengan komputer sebab tak boleh dibaiki atau diselesaikan dengan restart/soft reset, kebiasaannya perlu buat ‘fresh restore’ di itunes.

* Kedua-dua versi ini memerlukan profile certificate yang digunakan untuk menerima kemas kini versi Beta masing-masing. Jika anda membuang profile certificate tersebut, peranti anda tidak akan menerima sebarang kemas kini versi Beta seterusnya DAN jika anda tidak membuangnya, peranti anda tidak akan menerima kemas kini rasmi iOS Umum/Public rasmi yang dilepaskan.

* Tak disarankan untuk pengguna yang baru berjinak dengan iOS kalau setakat nak ‘show off’ dan perlu tahu cara penggunaan iTunes untuk proses update/restore/downgrade.

3) Umum/Public

● Versi iOS rasmi yang dikeluarkan untuk semua pengguna tidak kira pembangun atau pengguna berdaftar.

● Versi iOS yang dikeluarkan selepas versi percubaan Developer Beta dan Public Beta setelah mendapat maklum balas dan laporan daripada pembangun dan pengguna berdaftar.

● iOS ini adalah stabil berbanding versi Developer Beta dan Public Beta yang hampis 90% tidak mempunyai pepijat dan aplikasi yang menyokong boleh digunakan.

● iOS Umum/Public ini masih juga mempunyai pepijat, ‘lag’ dan masalah seperti itu cuma tidaklah kerap dan besar seperti yang terdapat pada iOS Developer Beta dan Public Beta.

● Versi iOS Umum/Public ini juga mempunyai tarikh luput yang ditetapkan oleh Apple dengan menghalang (block) versi iOS pada server iTunes dan tidak diterima untuk proses update/restore/downgrade.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *