iPad Pro 10.5-Inci Diperkenalkan Secara Rasmi Pada Harga RM2999

Seperti yang dijangkakan berdasarkan beberapa khabar angin sebelum ini, Apple secara rasminya telah memperkenalkan peranti iPad Pro terbaru dengan skrin bersaiz 10.5-inci semasa Apple WWDC 2017 hari ini. Apple juga turut mengemaskini spesifikasi peranti tablet iPad Pro 12.0-inci mereka.

Berdasarkan spesifikasi, kedua-dua iPad Pro ini menggunakan cip pemprosesan Apple A10X dengan kuasa pemprosesan dan grafik tertinggi. Mempunyai skrin dengan bezel nipis kiri dan kanan, iPad Pro 10.5-inci menawarkan kadar segar semula sebanyak 120Hz, menjadi tablet dengan paparan yang lebih pantas.

Bersama-sama dengan Apple Pencil, kepekaan input daripada stylus ke atas paparan skrin iPad Pro 10.5-inci telah dikurangkan kepada 20ms sahaja. Dengan ketahanan bateri yang boleh bertahan selama 10 jam dengan spesifikasi kamera belakang 12MP seperti iPhone 7, ia pasti menjadi tablet yang harus dimiliki.

Bagi yang berminat, harga untuk iPad Pro ini ialah bermula dari RM2999 untuk versi 64GB, RM3449 untuk versi 256GB, dan RM4349 untuk versi 512GB bagi pilihan WiFi sahaja. Untuk pilihan selular pula dijual dengan harga RM3649 untuk versi 64GB, RM4099 untuk versi 256GB, dan RM4999 untuk versi 512GB.

Bagi yang berminat, anda perlu menunggu untuk iPad Pro ini memasuki pasaran Malaysia yang dijangka dalam masa yang terdekat.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *