iPhone 2019 Dikhabar Akan Mempunyai Kamera Belakang Dengan Teknologi Sensor 3D

Apple kini dilaporkan sedang membangunkan kamera belakang dengan sistem teknologi 3D untuk iPhone pada tahun 2019 akan datang. Menurut laporan oleh Bloomberg menyatakan, penggunaan sensor 3D ini akan menjadikan peranti iOS lebih kehadapan dalam teknologi augmented reality (AR).

Apple juga dilihat sedang mencuba teknologi yang berlainan daripada yang digunakan sekarang ini seperti mana yang terdapat pada hadapan iPhone X dengan sensor kamera TrueDepth. Teknologi sedia ada memancarkan 30 ribu titik laser dan mengimbas pada wajah pemilik untuk menghasilkan gambar 3D untuk pengesahan.

Dengan penggunaan teknologi ini pada kamera belakang, ia mungkin digunakan untuk menghasilkan sebuah gambar 3D persekitaran. Oleh itu, Apple dijangka akan mengekalkan sistem kamera TrueDepth dan bakal terdapat pada kedua-dua kamera hadapan dan belakang untuk iPhone yang akan datang.

ARKit mula diperkenalkan pada tahun ini untuk memudahkan pembangun mencipta aplikasi untuk iPhone yang berasaskan AR. Aplikasi AR sedia ada yang terdapat pada App Store juga boleh digunakan pada hampir kesemua peranti yang menyokong iOS 11 bermula dari peranti yang menggunakan cip pemprosesan A9, A10 dan A11:

● iPhone 6s dan 6s Plus
● iPhone 7 dan 7 Plus
● iPhone SE
● iPhone 8 dan 8 Plus
● iPhone X
● iPad Pro (9.7, 10.5 or 12.9) – generasi pertama dan kedua
● iPad (2017)

Namun, penggunaan AR buat masa ini masih lagi belum diketahui ramai dan tidak meluas untuk digunakan. Pada tahun 2019, sudah pasti AR akan digunakan oleh ramai pengguna termasuklah boleh menghasilkan gambar yang lebih berkualiti berbanding sekarang ini.

 

Sumber artikel: Bloomberg

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *