iPhone 6S Penyelamat Seorang Mangsa Pengeboman Manchester

Sebuah iPhone 6S dikatakan menjadi penyelamat kepada mangsa pengeboman di Manchester baru-baru ini. Insiden pengeboman Manchester yang berlaku pada 22 Mei 2017 baru-baru ini meragut nyawa sebanyak 22 orang. Insiden ini terjadi sejurus selepas konsert Ariana Grande di kompleks tertutup Manchester Arena.

Suami kepada seorang mangsa yang cedera, Steve Bridgett mendedahkan bahawa iPhone 6S milik isterinya ini menjadi penyelamat dalam serangan tersebut. Pada waktu kejadian, isterinya, Lisa Bridgett sedang menjawab panggilan telefon. Dipercayai sebuah nat besi yang besar tercampak ke arah telinga isterinya dan dapat dihalang oleh iPhone berkenaan.

Manchester
Sisi sebelah kanan iPhone 6S yang hancur akibat terkena nat besi

Nat besi tersebut telah menghancurkan sebahagian kecil iPhone 6S tersebut. Namun telinga dan kepala Lisa Bridgett tidak mengalami apa-apa kecederaan. Jika tiada iPhone di situ, nat besi yang tercampak dalam kelajuan yang tinggi boleh mencederakan atau mungkin boleh menembusi kepalanya. Kekuatan kerangka iPhone 6S dapat memperlahankan hentakan nat besi tersebut dan mengalihkannya ke arah lain.

Lisa Bridgett antara ribuan mangsa yang terselamat dalam insiden ini. Siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti dalang sebenar insiden pengeboman tersebut. Semoga kota Manchester tetap bersatu melawan keganasan dan pulih seperti sedia kala.

Sumber media: FB Steve Bridgett

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *