Berita iPhone

iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Ialah Telefon Pintar Popular Dalam Penjualan Suku Pertama 2017

Peranti iPhone sekali lagi kekal sebagai telefon pintar yang popular dalam suku pertama 2017 lepas. Peranti yang dimasudkan ialah iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang merupakan model popular yang terjual dengan anggaran masing-masing sebanyak 21.5 juta dan 17.4 juta penjualan. Maklumat data ini dikeluarkan oleh Strategy Analytics berdasarkan penjualan di seluruh dunia.

Apple juga dilaporkan telah menjual sebanyak 50.8 juta peranti iPhone pada suku yang lepas, tapi tidak memecah rekod jualan untuk setiap model lain. Strategy Analytics juga menganggarkan peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus telah menyumbang kira-kira 76.5% dalam penjualan telefon pintar Apple untuk suku lepas dengan 23.5% daripada penjualan model iPhone lama yang sebelum ini.

Selain itu, iPhone 6s juga merupakan peranti telefon pintar yang popular pada tahun lepas, menurut penyelidikan oleh firma IHS Markit.

 

Sumber artikel: MacRumors

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.