iPhone 7 (PRODUCT)RED Kini Boleh Dibeli Di Malaysia

Switch, seperti yang sedia maklum merupakan salah satu Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) yang popular di Malaysia dan kini telah menjual iPhone 7 (PRODUCT)RED di laman rasmi jualan mereka. Bagi yang tidak tahu, edisi terhad iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (PRODUCT)RED mula diperkenalkan oleh Apple selepas kemas kini dilakukan di laman rasmi jualan Apple dan ia boleh mula dibuat pra-tempahan bermula dari jumaat 24 Mac lepas.

(PRODUCT)RED ini merupakan kempen oleh syarikat RED bagi penjualan produk oleh rakan kongsi yang diwarnakan dengan warna merah dan sebahagian hasil jualan produk tersebut akan disumbangkan bagi membantu pesakit HIV/AIDS di Afrika.

Edisi terhad iPhone 7 (PRODUCT)RED ini hanya hadir dengan kapasiti storan 128GB dan 256GB sahaja. Harga iPhone 7 (PRODUCT)RED ini bermula dengan harga RM3699 untuk kapasiti storan 128GB dan RM4199 untuk kapasiti storan 256GB. Tiada kapasiti storan 32GB untuk versi edisi terhad Product Red ini dan kesemua spesifikasi dan aksesori adalah sama seperti warna lain (masih warna putih – kalau ada yang tanya) kecuali tulisan pada kotak akan berwarna merah.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat tempahan di laman rasmi jualan Switch dan penghantaran akan dimulakan dalam jangkaan 3 hingga 5 hari pada waktu bekerja.

 

Sumber: Switch

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *