iPhone 8 Mungkin Akan Hadir Dengan Smart Connector Untuk Augmented Reality Dan Pengecasan Tanpa Wayar

Selepas laporan tentang lukisan skematik yang tersebar semalam, khabar angin terkini menyatakan iPhone X (iPhone 8) mungkin akan hadir dengan Smart Connector untuk digunakan pada Augmented Reality (AR) dan pengecasan tanpa wayar. Smart Connector mula diperkenalkan pada peranti iPad Pro 12.9 inci yang membolehkan ia disambungkan pada aksesori tambahan seperti Smart Keyboard dan Logitech Create.

Menurut The Verifier, blog teknologi daripada Israel mendakwa Apple akan menambahkan Smart Connector pada iPhone yang bakal keluar iaitu iPhone 8. Sebelum ini, tiada Smart Connector yang terdapat pada peranti iPhone dan jika betul, ini merupakan peranti iPhone pertama yang mempunyai Smart Connector selepas iPad Pro pada tahun 2015 yang lepas.

Beberapa khabar angin tahun lepas telah menyatakan Smart Connector akan hadir pada iPhone 7 tapi telah disangkalkan. Dengan khabar angin yang terbaru ini, mungkin betul disebabkan tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 iPhone sejak ia mula dijual dan diperkenalkan pada tahun 2007 yang lepas.

Khabar angin tentang pengecasan tanpa wayar sudah banyak kali dikaitkan dengan iPhone 8 sejak beberapa bulan yang lepas. Penggunaan Smart Connector untuk pengecasan tanpa wayar mungkin akan mengecewakan sesetengah pengguna tapi ia mungkin tidak memerlukan pad pengecasan yang besar. Apple juga dilaporkan mempunyai 1000 jurutera untuk teknologi Augmented Reality setelah berjaya memiliki syarikat PrimeSense, RealFace dan Metaio dari German.

Pengguna perlu tunggu bulan September untuk melihat khabar angin manakah yang betul. Kemas kini lain juga mungkin akan menggunakan paparan skrin OLED melengkung, Touch ID terbina dari dalam skrin, kamera atau sensor 3D dan banyak lagi.

 

Sumber: CultofMac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *