‘iPhone 9’ Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Skrin OLED Bersaiz 5.28-Inci Dan 6.46-Inci Dihasilkan Oleh Samsung

Dengan khabar angin dan ura-ura mengenai iPhone 8 yang semakin hangat kini, satu laporan oleh The Bell menyatakan sudah terdapat ura-ura mengenai iPhone pada tahun akan datang yang dinamakan sebagai ‘iPhone 9’. Dalam laporan itu juga menyatakan perjanjian yang ditandatangani oleh Apple dengan Samsung untuk model iPhone pada tahun 2018, ‘iPhone 9’ yang mungkin akan hadir dan dilengkapi dengan dua saiz skrin OLED: 5.28-Inci dan 6.46-Inci – menurut The Investor.

Apple pada masa kini menjual dua variasi saiz skrin iaitu 4.7-inci dan 5.5-inci pada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Pada tahun ini, Apple dijangka akan melancarkan iPhone baharu dengan tiga saiz skrin iaitu ‘iPhone 7s’ masih kekal dengan saiz 4.7-inci dan ‘iPhone 7s Plus’ dengan 5.5-inci manakala ‘iPhone 8’ akan dilengkapi dengan skrin OLED 5.8-inci.

Ura-ura terbaru ini mencadangkan saiz paparan kaca hadapan yang kecil berbanding saiz peranti Plus sekarang ini tapi dengan saiz skrin (panel sesentuh) yang lebih besar, namun laporan tersebut tidak mengesahkan ukuran penuh model iPhone 9 yang bakal datang ini. Laporan itu juga tidak menyatakan lebih lanjut mengenai iPhone 9 ini, sebaliknya hanya menyatakan Samsung sebagai pembekal skrin OLED dan akan mengilangkan sejumlah 180 juta unit skrin untuk Apple.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *