iPhone anda berasal dari mana?

iPhone anda berasal dari mana?

Seringkali kita berfikir, bagaimana untuk mengetahui peranti iDevice kita ini sebenarnya dijual untuk pasaran negara yang mana?

 

Seperti yang sedia maklum, peranti iDevice dijual di kebanyakan negara-negara seluruh dunia. Sebagai pengguna, Model Name/Part No. amat penting untuk mengetahui di mana peranti iDevice itu sepatutnya dijual/dipasarkan. Ia juga boleh membantu kita membuat kesimpulan sama ada ianya sesuai digunakan di Malaysia ataupun tidak.

Apakah Model Name/Part No. ini?

Model Name/Part No. ini merupakan satu kod identifikasi/pengenalan yang mana dari kod tersebut, kita boleh tahu jenis, model, kapasiti, warna dan negara yang sepatutnya iDevice itu dijual.

Di mana nak tahu model name/part no. iDevice kita ni? Sebenarnya ada banyak cara, saya tunjukkan dua cara yang mudah terlebih dahulu.

1) boleh dapatkan melalui kotak iPhone berkenaan, boleh rujuk di bahagian belakang kotak. jelas tertulis part No. Contoh gambar :

2) Melalui Settings > General > About > Model (cara yang lebih tepat)

Sebagai contoh kod yang tertera ialah MC319LL/A. Dari situ kita dapat tahu bahawa

M = Normal retail model
C = batch no/ ada juga yang merujuk kepada batch model iPhone
319 = iPhone 4 Black 32GB
LL = Set Amerika Syarikat
A = Apple Retail

Untuk huruf pertama itu , ‘M’ ada empat lagi variasi yang kita boleh dapati di pasaran iaitu F, N, P dan 3A.
F merujuk kepada iPhone refurbished, N merujuk kepada iPhone replacement(gantian), manakala P merujuk kepada personal, yang ada buat ukiran (engraving) di belakang iDevice tu. Kalau selain daripada ini, ia merupakan set demo, seperti 3A.
Untuk huruf kedua iaitu C, saya dapati ianya berubah-ubah mengikut batch model iPhone. Namun ianya tidak tetap/kekal kepada satu model sahaja. Sebagai contoh, kebanyakan:

iPhone 2G A
iPhone 3G B dan C
iPhone 3GS B dan C
iPhone 4 C dan D
iPhone 4S D
iPhone 5 D dan E
iPhone 5C E, F dan G
iPhone 5S E, F dan G
iPhone 6 G
iPhone 6 Plus G
iPhone 6S K dan N
iPhone 6S Plus K dan N
iPhone SE L
iPhone 7 N
iPhone 7 Plus N

Yang ketiga ialah kod untuk kenalpasti model, jenis, kapasiti dan warna iPhone berkenaan. Untuk senarai penuh sila rujuk -> Senarai kod untuk kenalpasti jenis, kapasiti dan warna iPhone
 
Yang keempat ialah kod region/negara. Setiap kod melambangkan region/negara mana iPhone ini sepatutnya dijual / asal iPhone tersebut.

AA Emiriah Arab Bersatu, Mesir
AB Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan, Mesir
AE Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar
B Malta, Republik Ireland, United Kingdom (UK)
BG Bulgaria
BR Brazil
BZ Brazil
C Kanada
CH China
CI Chile
CL Kanada
CM Hungary
CN Republik Czech
CR Croatia
CS Republik Czech, Slovakia
CZ Republik Czech
D Jerman
DN Austria, Belanda, Jerman
E Mexico
EE Estonia
EL Latvia
ER Republik Ireland
F Perancis
FB Luxembourg, Perancis
FD Austria, Liechtenstein, Switzerland
FS Ukraine
GB Greece
GR Greece
HB Israel
HN India
ID Indonesia
IP Itali, Portugal
J Jepun
KH Korea Selatan
KN Denmark, Norway
KS Finland, Sweden
LA Colombia, Ecuador, El Savador, Guatemala, Honduras, Nicaragua, Panama, Peru, Republik Dominika
LE Argentina
LL Amerika Syarikat, Kanada
LP Poland
LT Lithuania
LV Latvia
LZ Chile, Paraguay, Uruguay
MG Hungary
MM Montenegro, Republik Macedonia
MY Malaysia
NF Belgium, Luxembourg, Perancis
PA Indonesia
PL Poland
PO Portugal
PP Filipina
QL Itali
QN Denmark
RK Rusia, Ukraine
RM Belarus, Ukraine
RO Moldova, Romania
RR Moldova, Rusia
RS Serbia, Rusia
SA Singapura
SL Slovakia
SO Afrika Selatan
SU Ukraine
T Itali
TA Taiwan
TH Thailand
TU Turki
TY Itali
UA Ukraine
VC Kanada
VN Vietnam
X Australia, New Zealand
Y Sepanyol
Z Estonia, Ukraine
ZA Singapura
ZD Belanda, Belgium, Jerman
ZG Denmark
ZO United Kingdom (UK)
ZP Asia Pasifik, Hong Kong, Makau (Macao)
ZQ Jamaica

 

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

2 thoughts on “iPhone anda berasal dari mana?

    • November 5, 2017 at 3:34 pm
      Permalink

      dari segi spesifikasi asas, tiada bezanya

      Balas

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *