iPhone Anda Sokong LTE/4G di Malaysia?

Adakah iPhone anda sokong LTE/4G di Malaysia? Persoalan inilah yang sering bermain di fikiran pengguna-pengguna iPhone. Rugi je beli iPhone mahal-mahal kalau tak dapat LTE/4G.

Anda harus pastikan

  1. Kad SIM anda telah pun dinaik taraf untuk menyokong LTE. Rujuk syarikat rangkaian anda
  2. Pelan Internet anda menyokong LTE
  3. Nombor anda sudah diaktifkan dengan LTE. Contohnya, kalau Umobile, taip LTE ON dan hantarkan ke 28118 (caj servis ialah RM 0.05/SMS)
  4. Seting > Pilihan Data Selular > Data > 4G/LTE (Pastikan anda pilih)
  5. Pastikan iPhone anda menyokong band LTE di Malaysia dan juga mengikut band yang disokong oleh syarikat rangkaian tertentu di kawasan anda.

Seperti yang kita sedia maklum, iPhone 5 merupakan model pertama iPhone yang menyokong sambungan LTE/4G. Harus diingatkan, tidak semua model iPhone menyokong LTE/4G di Malaysia. Di Malaysia, band LTE yang disokong ialah Band 3, 5, 7, 8, 38 dan 40.

  • Band 3 (FDD 1800MHz) disokong oleh Celcom, Maxis, Digi (sebahagian), Umobile (sebahagian) dan MVNO tertentu.
  • Band 5 (FDD 850MHz) disokong oleh TMGo dan Webe.
  • Band 7 (FDD 2600MHz) disokong oleh Celcom, DiGi, Maxis, Umobile dan MVNO tertentu
  • Band 8 (FDD 900MHz) disokong oleh DiGi (bermula Ogos 2017)
  • Band 38 (TDD 2600MHz) disokong oleh YES dan Webe
  • Band 40 (TDD 2300 MHz) disokong oleh YES dan Webe

Di Malaysia juga tidak semua pencawang telekomunikasi dilengkapi dengan kedua-dua Band 3 and Band 7, atau kesemua band (jalur). Kadang-kadang satu pencawang hanya menyalurkan satu jalur rangkaian sahaja. Pencawang masih lagi dalam process naik taraf dan percubaan.

Jika anda menggunakan iPhone, anda boleh lihat pencawang manakah yang dihubungkan ke iPhone anda. Untuk melihat band LTE yang disokong, anda boleh masuk Field Test Mode dahulu.

  1. Dail *3001#12345#*
  2. Pergi ke Serving Cell Info
  3. Lihat Frequency Band Indicator.

LTE

Bandingkan dengan spesifikasi iPhone anda, adakah ianya sokong atau tidak. Sebagai contoh, pada gambar di atas, tertera Band 3.
No Model adalah salah satu cara untuk membezakan iPhone. boleh rujuk di –> Fungsi Model No. di setiap iPhone

Boleh tengok model anda di tetapan iPhone anda
Settings > General > About > Legal > Regulatory (Model AXXXX)
Seting > Umum > Perihal > Undang-undang > Kawal Selia (Model AXXXX)
Jangan terlalu percaya pada kotak dan housing belakang kerana ianya boleh diubah-ubah.

iPhone 5

  • A1428 – Band 4, 17 (Tidak sesuai digunakan di Malaysia)
  • A1429 – Band 1, 3, 5, 13, 25 (Sesuai digunakan di Malaysia) (ada Model GSM dan CDMA)
  • A1442 – Tidak menyokong LTE (Digunakan di China)

iPhone 5C

  • A1456 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26 (CDMA)
  • A1507 – Band 1, 2, 3, 5, 7, 8, 20
  • A1516 – Digunakan Di China (menyokong rangkaian China)
  • A1526 – Digunakan Di China (Tiada sokongan LTE)
  • A1529 – Band 1, 2, 3, 5, 7, 8, 20 (Untuk Asia Pasifik termasuk Malaysia)
  • A1532 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 8, 13, 17, 19, 20, 25 (Untuk CDMA dan GSM sahaja. Untuk versi dari China, tidak menyokong LTE)

iPhone 5S

  • A1453 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26
  • A1457 – Band 1, 2, 3, 5, 7, 8, 20
  • A1518 – Band 38, 39, 40 (China LTE)
  • A1528 – Tidak menyokong LTE (China Network)
  • A1530 – Band 1, 2, 3, 5, 7, 8, 20, 38, 39, 40 (Untuk Asia Pasifik termasuk Malaysia)
  • A1533 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 8, 13, 17, 19, 20, 25 (Untuk CDMA dan GSM sahaja. Untuk versi China, tidak menyokong LTE )

iPhone 6

  • A1549 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 29 (CDMA dan GSM)
  • A1586 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (GSM Global)
  • A1589 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 29 (China. LTE hanya boleh disambung apabila di luar negara sahaja)

iPhone 6 Plus

  • A1522 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 29 (CDMA dan GSM)
  • A1524 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (GSM Global)
  • A1593 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 29 (China. LTE hanya boleh disambung apabila di luar negara sahaja)

iPhone 6S

  • A1633 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41 (CDMA+GSM)
  • A1688 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (GSM Global)
  • A1700 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (China Global)

iPhone 6S Plus

  • A1634 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41 (CDMA+GSM)
  • A1687 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (GSM Global)
  • A1699 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (China Global)

iPhone SE

  • A1662 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 29
  • A1723 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 38, 39, 40, 41
  • A1724 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 38, 39, 40, 41

iPhone 7

  • A1660 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41 (CDMA+GSM)
  • A1778 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41 (GSM Global)
  • A1779 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 11, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 21, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (Jepun CDMA)
  • A1780 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (China)

iPhone 7 Plus

  • A1661 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41 (CDMA+GSM)
  • A1784 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41 (GSM Global)
  • A1785 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 11, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 21, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (JepunCDMA)
  • A1786 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (China)

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

10 thoughts on “iPhone Anda Sokong LTE/4G di Malaysia?

  • April 18, 2017 at 5:43 pm
    Permalink

    haha thanks bro..
    barulah berguna Regulatory aku

    Balas
    • April 18, 2017 at 6:10 pm
      Permalink

      no hal bro

      Balas
  • May 3, 2017 at 3:19 pm
    Permalink

    Kalau lte kita dah active but still 3G, mmg takde coverage 4G area rumah saya ni? 😂 Before this pakai maxis, 4G tapi sampai umobile je tak naik2 4G

    Balas
    • May 3, 2017 at 5:13 pm
      Permalink

      Anda guna iPhone model apa?
      Mungkin juga Umobile kawasan anda tiada 4G. Mungkin juga anda belum aktifkan LTE pada umobile anda

      Balas
      • May 15, 2017 at 12:52 am
        Permalink

        5s. And dah active lte. So that means Umobile takda 4G la ya kat coverage rumah saya

        Balas
  • June 22, 2017 at 7:13 pm
    Permalink

    kalau Regulatory tkkeluar langsung (kaler putih je) maksud dia ape?

    Balas
    • July 2, 2017 at 4:45 pm
      Permalink

      Anda guna iOS apa ya

      Balas
  • June 27, 2017 at 11:07 am
    Permalink

    kalau yg ni apa maksudnya A1533 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 8, 13, 17, 19, 20, 25 (Untuk CDMA dan GSM sahaja. Untuk versi China, tidak menyokong LTE )
    BOLEH TOLONG JELASKAN X??

    Balas
    • July 2, 2017 at 4:44 pm
      Permalink

      Saya telah menyenaraikan jenis jalur(band) rangkaian yang disokong oleh Model A1533. Jika di Malaysia ini, Band 3 dan Band 5 di A1533 inilah yang menyokong LTE di Malaysia. Sila baca penerangan di atas untuk lebih lanjut

      Balas

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *