iPhone SE Masih Mendapat Pilihan Hati Pengguna

Walaupun terdapat pelbagai persaingan dengan telefon pintar yang kini semakin bersaiz besar, iPhone SE masih mendapat dan menjadi pilihan hati pengguna. Menurut data yang dikeluarkan oleh American Customer Satisfaction Index untuk bulan Mei 2017, data tersebut menunjukkan kadar kepuasan pengguna untuk iPhone SE ini ialah 87 daripada 100, meletakkan 1 mata dihadapan peranti iPhone 7 Plus dan peranti yang lain.

Bagi yang tidak tahu, kapasiti storan iPhone SE telah digandakan kepada 32GB dan 128GB, masing-masing mengikut harga 16GB dan 64GB dahulu bermula pada bulan Mac lepas. Bagi yang berminat untuk membeli peranti kedua, mungkin berbaloi untuk mendapatkannya.

American Customer Satisfaction Index atau ASCI merangkumkan data ini daripada temuramah 36,194 pelanggan selama 12 bulan yang berakhir pada bulan April 2017 lepas. Kadar data ini dibuat berdasarkan komen dan respon yang dibuat oleh pengguna untuk markah keseluruhan daripada 100 mata.

Sementara iPhone SE berada di tangga teratar, peranti iPhone 7 Plus tidak kurang jauh juga kedudukannya yang berada di tempat ketiga dengan kadar kepuasan pengguna sebanyak 86 daripada 100 mata. Untuk iPhone 6 Plus, iPhone 6s Plus dan iPhone 7 masing-masing dengan markah sebanyak 83 dariapda 100 mata, manakala peranti iPhone 5, iPhone 5s dan iPhone 6s dengan 80 daripada 100. Akhir sekali, iPhone 6 menerima 79 daripada 100 mata. Keseluruhan senarai di bawah didominasikan oleh Apple dan Samsung.

1. iPhone SE – 87 out of 100

2. Galaxy S6 Edge+ – 86 out of 100

3. iPhone 7 Plus – 86 out of 100

4. Galaxy S6 Edge – 85 out of 100

5. Galaxy S7 – 84 out of 100

6. Galaxy S7 Edge – 84 out of 100

7. iPhone 6 Plus – 83 out of 100

8. iPhone 6s Plus – 83 out of 100

9. iPhone 7 – 83 out of 100

10. Galaxy Note 5 – 82 out of 100

11. Galaxy Note 4 – 81 out of 100

12. Galaxy S5 – 80 out of 100

13. iPhone 5 – 80 out of 100

14. iPhone 5s – 80 out of 100

15. iPhone 6s – 80 out of 100

16. Galaxy S6 – 79 out of 100

17. iPhone 6 – 79 out of 100

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *