Kaca Mata Pintar Augmented Reality Sedang Dibangunkan Oleh Apple

Pada awal tahun ini terdapat satu laporan yang mengatakan Apple sedang membangunkan teknologi Augmented Reality (AR) yang bakal dikeluarkan dalam bentuk kaca mata pintar selepas muncul pertama kali pada peranti iPhone X yang bakal dikeluarkan tahun ini. Kini, terdapat dokumen yang terbocor secara tidak sengaja yang berkemungkinan merupakan model prototaip kaca maca pintar AR dari Apple buat kali pertama.

Laporan oleh Gizmodo menunjukkan beberapa dokumen berkaitan insiden keselamatan kepada pekerja Apple yang menyebut tentang peranti prototaip yang akan menyebabkan penyakit ketegangan mata kepada penguji peranti tersebut.

Terdapat juga beberapa insiden yang berlaku pada bulan Februari dan Mac lepas menunjukkan insiden berkaitan dengan mata yang menyebabkan kesakitan pada pekerja Apple tersebut. Laporan tersebut melaporkan bahawa sumbernya dari dalam pihak Apple dipercayai prototiap yang dimaksudkan itu ialah produk kaca mata pintar AR yang sedang dibangunkan. Projek kaca mata AR Apple ini dijangka akan diperkenal dan dilancarkan dalam satu tahun akan datang.

Anda boleh baca laporan penuh di sini yang menceritakan tentang insiden tersebut dengan lebih terperinci.

 

Sumber artikel: 9to5Mac, Gambar: Tailosive Tech/YouTube

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *