Kajian Menunjukkan Golongan Remaja Yang Lebih Ramai Menggunakan Peranti iPhone Di US

Peranti iPhone tidak lagi asing dan sering kali digunakan oleh pelbagai golongan pengguna yang tidak kira peringkat umur. Kajian dan tinjauan terbaru oleh Piper Jaffray, firma pelaburan bank dan pengurusan aset menunjukkan peranti iPhone merupakan peranti yang popular digunakan oleh golongan remaja di negara Amerika Syarikat.

Kajian menunjukkan sebanyak 76% golongan remaja yang memiliki peranti iPhone, meningkat daripada 69% pada awal pertengahan tahun 2016 yang lepas dan merupakan tahap pemilikan yang tertinggi dalam kajian untuk golongan remaja. Dalam laporan itu juga mengatakan sebanyak 81% golongan remaja akan membeli peranti yang terbaru, untuk tahun ini ialah iPhone X (iPhone 8) berbanding 75% pada tahun lepas.

Selain dari peranti iPhone, peranti Apple Watch juga merupakan peranti kedua yang menjadi pilihan popular selepas peranti Fitbit. Sebanyak 71% golongan remaja lebih suka menggunakan peranti Fitbit manakala 10% sahaja yang memilih peranti Apple Watch. Sembilan peratus memilih peranti dari pada Nike dengan empat peratus memilih peranti Garmin.

Ternyatalah bahawa produk Apple bukan pilihan pertama dan banyak lagi jenama lain yang jauh lebih bagus mengikut citarasa sendiri.

Tidak kurang juga seperti di negara Malaysia, semakin ramai golongan pengguna yang menggunakan peranti iPhone. Hasil kajian boleh dilihat pada gambar yang ditangkap yang akan memaparkan logo Apple dibelakang telefon bimbit pintar mereka seperti mana isu yang dibangkitkan beberapa tahun yang lepas. Ini disebabkan tiada pengguna yang akan memegang peranti dengan postur tangan yang salah ketika menangkap gambar untuk menekan butang shutter (selain boleh menangkap gambar dengan menekan butang volume yang berfungsi sebagai shutter juga, untuk yang tidak tahu).

Namun, janganlah menilai buku dari kulitnya. Ada sebahagian yang telah berusaha keras dengan bekerja siang malam dan mengumpul duit untuk membeli apa yang mereka idamkan selama ini. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan maka, bolehlah berhenti menyamakan dengan pengguna yang dapat peranti iPhone secara percuma daripada ‘sumber’ tertentu (boleh fikir sendiri) apabila harga minyak atau barang naik disebabkan mereka tidak membeli peranti iPhone baharu yang dikeluarkan pada setiap tahun.

 

Sumber: Piper Jaffray, Artikel: MacRumors, Pendapat: Sendiri

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *