Mengenai Kami

Apple User Group Malaysia atau Apple User Group (Malaysia)® (AUG Malaysia / AUG MY) merupakan komuniti Apple terbesar di Malaysia yang dijadikan sebagai medium utama dalam menerbitkan dan menyampaikan maklumat berkualiti berkaitan dengan Apple serta memfokuskan perkongsian tutorial, panduan, info, dan video dalam Bahasa Malaysia untuk membantu serta mempertingkatkan pengetahuan bagi semua pengguna Apple di seluruh Malaysia.

Pada asasnya, Apple User Group (Malaysia)® hanyalah bermula sebagai sebuah Facebook Group yang ditubuhkan pada 2011 yang kini mempunyai 124 ribu ahli didalamnya sehingga kini. Fungsi komuniti ini ialah sebagai forum sokongan bagi pengguna Apple yang lain untuk bertanyakan soalan serta mendapatkan maklum balas pantas daripada ahli berpengetahuan dan profesional yang lain.

Tercetusnya idea untuk mempunyai sebuah laman web ialah apabila kami ingin mengembangkan lagi nama ke seluruh Malaysia serta di luar negara, selain ingin berhubung dengan pengguna Apple di luar sana yang masih belum mengetahui mengenali Apple User Group Malaysia ini. Kini, Apple User Group Malaysia menjadi salah satu daripada rujukan pengguna Apple di seluruh negara untuk memahami dan mengetahui peranti Apple mereka dengan lebih jelas.

Fokus utama laman web ini ialah tidak lain dan tidak bukan untuk memberikan ilmu pengetahuan serta maklumat kepada semua pengguna tempatan Apple di Malaysia tidak kira pandangan, pendapat dan sebagainya. Pemilihan Bahasa Malaysia sebagai penggunaan tulisan artikel ialah bagi mendidik dan menjelaskan dalam bentuk yang berlainan daripada laman web yang lain.

Segala bentuk kritikan, penambahbaikan dan maklum balas amat kami hargai sekali dalam usaha untuk membangun serta mengembangkan lagi jenama Apple User Group Malaysia ini. Anda boleh berhubung dengan Apple User Group Malaysia melalui Facebook Page, Facebook Group dan beberapa akaun sosial yang lain pada pautan ini.