Kedai Terbaru Apple Store Dubai Dibuka Secara Rasmi

Apple kini telah membuka secara rasminya kepada semua pelanggan untuk cawangan ketiga kedai Apple Store mereka di Dubai. Kedai itu bertempat di dalam Dubai Mall di Emiriah Arab Bersatu (United Arab Emirates [UAE]) yang berdekatan dengan Bruj Khalifa, hanya dengan seberang jalan sahaja.

Apple

Tarikan utama kedai ini ialah 18 panel tetingkap bermotor dengan setinggi 11.43 meter dan 54.86 lebar yang dibuat dengan gentian karbon, dinamakan sebagai “Solar Wings”. Pandangan dari tetingkap kedai ini akan menunjukkan bangunan Burj Kalifa. 

Tetingkap gentian karbon “Solar Wings.” – Apple

Selain itu, pengunjung juga boleh melihat pandangan pancutan air yang berada di hadapan kedai tersebut pada waktu petang (video di bawah).

Di samping itu, terdapat juga video menunjukkan kunjungan suasana dari dalam kedai tersebut. Kredit: Khaleej Times

 

Sumber artikel: 9to5Mac dan Cult of Mac

 

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *