Kehebatan Portrait Mode Pada iPhone 7 Plus Dipamerkan Dalam Iklan ‘Barbers’

Portrait Mode pada iPhone 7 Plus sememangnya sangat berkuasa dan seakan boleh untuk menandingini kamera profesional yang lain walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam fotografi. Hari ini Apple telah menerbitkan iklan bertajuk ‘Barbers’ yang mempamerkan kehebatan iPhone 7 Plus Portrait Mode ini.

Portrait Mode ini mempunyai efek yang sama seperti kamera dengan lensa besar yang memfokuskan pada subjek secara dekat dan membolehkan efek kabur pada sekeliling subjek apabila gambar ditangkap. Ciri Portrait Mode ini diintegrasikan dalam sistem kamera pada iOS yang akan mensimulasikan efek ini dengan memfokuskan pada subjek dengan zum optik 2x dan menjadikan efek kabur pada latar belakang.

Kagum dengan fotografi yang ditunjukkan dalam iklan di atas? Lihat siri tutorial fotografi yang dikeluarkan oleh Apple di sini dengan menggunakan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Apple sebelum ini juga ada menerbitkan iklan bertajuk ‘The City’ serta iPhone 7 Plus digunakan untuk menangkap gambar muka hadapan majalah edisi bulan Mei ‘Traveler’ dan ‘Bon Appétit’ terbitan Condés Nast.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *