Aplikasi

Kemas Kini Aplikasi YouTube Untuk iOS Dilepaskan Untuk Pembaikan Masalah Bateri Menyusut

Pihak YouTube hari ini telah melepaskan kemas kini baharu iaitu versi 12.45 bagi aplikasi untuk peranti mudah alih iOS. Kemas kini ini ialah untuk memperbaiki dan menampal pepijat pada aplikasi peranti alih mereka yang menyebabkan bateri menyusut secara mendadak yang dilaporkan oleh pengguna sebelum ini.

Masalah ini berlaku ketika pengguna menggunakan aplikasi tersebut malah ketika tidak digunakan termasuklah dijalankan secara latar belakang pada halaman App Switcher / Multitasking. Pengguna juga melaporkan melaporkan masalah lain yang terjadi seperti peranti menjadi terlalu panas dari yang biasa apabila menonton video walaupun pada kualiti yang rendah.

Bagi pengguna tegar menonton YouTube pada aplikasi dan peranti mudah alih, anda boleh membuat kemas kini bermula hari ini. Aplikasi YouTube percuma dimuat turun di Apple App Store. [Ketik pautan ini]

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.