Kemas Kini iOS 10.3.1 Dilepaskan Secara Rasmi

Selepas kemas kini iOS 10.3 dilepaskan secara rasmi pada 28 MaciOS 10.3.2 Beta 1 dikeluarkan pada 29 Mac dan iOS 10.3.2 Public Beta 1 dikeluarkan pada 30 Mac yang lepas, Apple hari ini melepaskan kemas kini iOS 10.3.1 secara rasminya untuk semua pengguna umum peranti iOS yang menyokong iOS 10. Apa yang menariknya tentang minor update iOS 10.3.1 ini ialah ia tidak mempunyai sebarang versi beta dikeluarkan kepada pengguna berdaftar bagi mencuba versi beta dan juga pembangun yang berdaftar untuk mencuba dan memberi maklum balas kepada Apple sebelum kesemua sistem operasi dilepaskan kepada pengguna umum.

Seperti yang dilaporkan dalam artikel iOS 10.3.2 Beta 1 yang lepas, iOS 10.3.2 dikeluarkan hanya untuk peranti iOS 64-bit sahaja, tidak dikeluarkan untuk peranti iOS 32-bit. Bagi kemas kini iOS 10.3.1 ini pula, ia dikeluarkan untuk kedua-dua jenis peranti. Secara teknikalnya, ia dikeluarkan dan menyokong untuk peranti 32-bit dan 64-bit. Peranti 32-bit yang menyokong iOS 10 antaranya:

  • iPhone 5
  • iPhone 5c
  • iPad Generasi Ke-4

Kemas kini iOS 10.3.1 ini tidak mempunyai sebarang ciri dan fungsi terbaru sebaliknya ia hanya memfokuskan kepada membaiki pepijat yang ada dan penambahbaikan sekuriti serta peningkatan prestasi. Berikut adalah pepijat yang dibaiki dalam nota oleh Apple:

Wi-Fi

Available for: iPhone 5 and later, iPad 4th generation and later, iPod touch 6th generation and later

Impact: An attacker within range may be able to execute arbitrary code on the Wi-Fi chip

Description: A stack buffer overflow was addressed through improved input validation.

CVE-2017-6975: Gal Beniamini of Google Project Zero

Sedikit penerangan, tiap saiz kemas kini untuk tiap peranti ialah berlainan berdasarkan peranti yang digunakan serta dari iOS berapa kemas kini itu dimuat turun (contoh: guna iOS 10.1 dan muat turun iOS 10.3, saiz kemas kini tidak akan sama dengan yang menggunakan iOS 10.2.1). Jadi jangan terkejut beruk bila peranti yang sama/berlainan tapi saiz kemas kini tidak sama – tolonglah move on dan paham dari persoalan ini, dah berkurun dan tiap kemas kini dilepaskan mesti ada yang tanya serta ia juga konsep yang sama bagi saiz IPSW.

Bagi yang inginkan jailbreak, anda disarankan untuk kekal berada pada iOS yang anda gunakan sekarang ini disebabkan kemas kini iOS yang terbaru banyak membaiki pepijat dan menutup lubang untuk exploit serta vulnerability bagi perisian menjalankan jailbreak. Pastikan ia BUKAN iOS 10.3 atas saranan oleh Luca Todesco:

Bagi pembangun dan pengguna berdaftar serta ‘developer jadian’ yang tidak mendapat notifikasi kemas kini ini, anda boleh ikut cara untuk dapatkan kemas kini rasmi menggunakan tutorial ini.

 

Apakah yang terbaru pada iOS 10.3:

  • Apple File System
  • Find My Airpods
  • Panel iCloud yang baru di Settings
  • Penambahbaikan Siri dan CarPlay

Senarai penuh, anda boleh lihat di sini (<- klik). Bagi yang ingin memuat turun fail IPSW iOS 10.2.1, iOS 10.3, iOS 10.3.1 boleh muat turun di laman sesawang ipsw.me

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *