Kemas Kini iOS 10.3.2 Dilepaskan Secara Rasmi – Memfokuskan Kepada Penambahbaikan Sekuriti Dan Peningkatan Prestasi

Setelah hampir lama mengeluarkan versi beta, hari ini Apple secara rasminya mengeluarkan kemas kini iOS 10.3.2 kepada semua pengguna untuk yang menggunakan iPhone, iPod dan iPad. Bagi yang mengikuti laman web ini, Apple telah mengeluarkan sebanyak 5 versi beta untuk pembangun serta pengguna berdaftar.

Kemas kini iOS 10.3.2 ini masih menyokong peranti 32-bit dan mungkin bakal menjadi sistem operasi terakhir untuk iOS 10 ini atau iOS 10.3.3 dikeluarkan. iOS 10.3.2 ini juga tidak mempunyai sebanyak ciri dan fungsi terbaru yang boleh dijumpai dan hanya kemas kini kecil untuk iOS 10.3. Bagi yang ingin ketahui senarai ciri dan fungsi terbaru iOS 10.3, anda boleh lihat di sini.

Dalam nota kemas kini sekuriti yang dikeluarkan oleh Apple, kesemuanya hanya untuk pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi. Disebabkan ia adalah minor iOS, anda boleh (bukan disaran) untuk mengemaskini menggunakan cara Over-The-Air (OTA) ataupun anda boleh menggunakan cara di iTunes seperti di bawah:

Pembangun dan pengguna ‘developer tiruan’ yang tidak nampak kemas kini ini secara OTA, boleh membuat cara ini.

Bagi yang inginkan jailbreak, anda DISARANKAN untuk kekal pada iOS yang peranti anda gunakan sekarang ini. Seperti yang sedia maklum, Pangu telah menunjukkan demo jailbreak iOS 10.3.1 pada bulan lepas namun, sebarang berita dari Pangu masih tidak didengari.

Sedikit penerangan, tiap saiz kemas kini untuk tiap peranti ialah berlainan berdasarkan peranti yang digunakan serta dari iOS berapa kemas kini itu dimuat turun (contoh: guna iOS 10.1 dan muat turun iOS 10.3, saiz kemas kini tidak akan sama dengan yang menggunakan iOS 10.2.1). Jadi jangan terkejut beruk bila peranti yang sama/berlainan tapi saiz kemas kini tidak sama – tolonglah move on dan paham dari persoalan ini, dah berkurun dan tiap kemas kini dilepaskan mesti ada yang tanya serta ia juga konsep yang sama bagi saiz IPSW.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *