Kemas Kini iOS 10.3 Dilepaskan Secara Rasmi, Info Jailbreak Disertakan

Apple hari ini telah menlepaskan kemas kini iOS 10.3 dan kesemua sistem operasi peranti yang lain termasuklah watchOS 3.2, tvOS 10.2 dan macOS 10.12.4 secara rasmi untuk semua pengguna. Kemas kini ini dilepaskan setelah hampir 7 versi beta dikeluarkan untuk percubaan kepada pengguna berdaftar bagi mencuba versi beta dan juga pembangun yang berdaftar. Bagi yang ingin tahu apa yang terbaru pada iOS 10.3 ini boleh lihat di sini (<- klik). Untuk pengguna versi beta, ini apa yang anda perlu tahu.

Kemas kini ini membawakan pelbagai ciri dan fungsi terbaru antaranya Find My Airpods, Apple File System (APFS), pembayaran menggunakan Siri dan sebagainya. Bagi pengguna yang mahu membuat kemas kini, pertama sekali ialah anda perlu membuat backup (iTunes atau iCloud disebabkan APFS akan mengoptimasikan flash/SSD storage peranti dan bernasib buruk akan ada data yang hilang) dan disarankan membuat kemas kini di iTunes atas faktor iOS 10.3 ini merupakan kemas kini ‘Major‘ atau ‘Major Update‘ berbanding menggunakan Over The Air (OTA) di peranti masing-masing – terpulang atas hak tuan empunya peranti. Fungsi AFS juga akan membuatkan proses kemas kini menjadi lambat apabila kemas kini menggunakan OTA.

Bagi yang mahukan dan yang masih menggunakan jailbreak, anda disarankan untuk kekal berada pada iOS yang anda gunakan sekarang ini. Pastikan ia BUKAN iOS 10.3 atas saranan oleh Luca Todesco:

Sedikit penerangan, tiap saiz kemas kini untuk tiap peranti ialah berlainan berdasarkan peranti yang digunakan serta dari iOS berapa kemas kini itu dimuat turun (contoh: guna iOS 10.1 dan muat turun iOS 10.3, saiz kemas kini tidak akan sama dengan yang menggunakan iOS 10.2.1). Jadi jangan terkejut beruk bila peranti yang sama/berlainan tapi saiz kemas kini tidak sama – tolonglah move on dan paham dari persoalan ini, dah berkurun dan tiap kemas kini dilepaskan mesti ada yang tanya serta ia juga konsep yang sama bagi saiz IPSW.

Maklumat sekuriti iOS 10.3 oleh Apple: https://support.apple.com/en-us/HT207617

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *