Kemas Kini iOS 10.3 Mempunyai Pepijat Pada Servis iCloud

Pada minggu yang lepas, Apple telah melepaskan kemas kini rasmi iOS 10.3 kepada pengguna umum setelah pelbagai versi Beta dikeluarkan. Antara ciri dan fungsi yang terbaru ialah Find My Airpods, Apple File System dan sebagainya. Namun, terdapat isu yang terjadi berkaitan dengan iCloud dimana sesetengah pengguna melaporkan beberapa servis iCloud yang sudah dinyahaktif, secara automatiknya diaktifkan semula.

Laporan oleh MacRumors menyatakan sebahagian pengguna telah menerima e-mel daripada pihak Apple yang menerangkan berkaitan dengan masalah pepijat tersebut dalam iOS 10.3 yang menyebabkan beberapa servis iCloud diaktifkan semula setelah dinyahaktif sebelum ini. Tidak dipastikan berapa banyak pengguna yang menghadapi masalah ini tapi ia dilaporkan efek kepada servis iCloud seperti Mail dan Gambar.

Berikut adalah e-mel yang dihantar kepada pengguna:

We discovered a bug in the recent iOS 10.3 software update that impacted a small number of iCloud users. This may have inadvertently reenabled some iCloud services that you had previously disabled on your device.

We suggest you go to iCloud settings on your iOS device to make sure that only the services you’d like to use are enabled.

Learn more about how to manage your iCloud settings or contact AppleCare with any questions.

The iCloud team

Untuk memeriksa servis iCloud yang ada pada peranti anda, buka aplikasi Settings dan tatal ke bawah hingga ke bahagian “iCloud”. Dalam bahagian tersebut ada senarai servis iCloud yang disetkan oleh anda. Jika terdapat servis yang diaktifkan, anda boleh nyahaktifkan di situ.

Menurut Apple,  iCloud Photo Library, iCloud Keychain danFind My iPhone tidak terjejas dengan isu ini. Pepijat ini telah dibaiki dan ditampal dalam kemas kini iOS 10.3.1 yang baru sahaja dikeluarkan pada beberapa hari yang lepas. Bagi pengguna yang tidak membuat kemas kini iOS 10.3 tapi memilih untuk membuat kemas kini iOS 10.3.1 juga tidak akan terjejas sekali. Bagi pengguna yang menggunakan iOS 10.3 sekarang ini, sila membuat pemeriksaan di iCloud dengan segera. Apple tidak berkongsi jumlah pengguna yang terkena dengan pepijat ini tapi mengatakan tidak semua pengguna peranti iOS 10.3 akan mengalaminya.

 

Sumber artikel: 9to5Mac, MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *