Berita iOS

Kemas Kini iOS 11.2.1 Sedia Dimuat Turun Secara Rasmi

Apple hari ini telah melepaskan kemas kini iOS 11.2.1 kepada pengguna umum secara rasminya. Kemas kini dilepaskan selepas iOS 11.2 yang dilepaskan secara mengejut untuk memperbaiki masalah iPhone yang restart berulang kali apabila tepat pada pukul 12.00-12.15 pagi pada setiap hari. Dalam kemas kini iOS 11.2.1 ini telah memperbaiki:

• menampal pepijat yang boleh menyahaktifkan akses kawalan yang dikongsikan pada pengguna melalui aplikasi Home.

• memperbaiki masalah autofokus yang terdapat pada iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X selepas mengemaskini iOS 11.2

Ini adalah untuk membuang akses tanpa kebenaran pada aksesori rumah pintar yang terdapat pada aplikasi Home. Bagi iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X, terdapat sejumlah pengguna melaporkan masalah kamera iaitu autofokus dimana kamera tidak boleh fokus sepenuhnya apabila ingin menangkap gambar.

Selain daripada itu terdapat juga beberapa pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi bagi peranti yang lain tapi hanyalah kecil sahaja. Selain itu, Apple juga turut melepaskan kemas kini tvOS 11.2.1 untuk pengguna Apple TV dengan penambahbaikan yang sama seperti iOS 11.2.1.

 

Untuk makluman, laman web Apple User Group (Malaysia)® sedang dikemas kini untuk beberapa hari dari sebelum ini dan saya sendiri sedang mempunyai masalah internet yang tidak membolehkan untuk membuat artikel dengan lebih kerap. Mohon maaf atas masalah yang berlaku.