Kemas Kini iOS 11.2 Sedia Dimuat Turun Secara Rasmi

Apple hari ini secara mengejutnya telah melepaskan kemas kini iOS 11.2, iaitu major update kedua bagi sistem operasi iOS 11 kepada pengguna umum secara rasminya. Ini adalah berikutan pepijat yang menyebabkan sejumlah peranti menggunakan iOS 11.1.2, restart berulang kali apabila memasuki hari dan tarikh 2 Disember bagi setiap negara.

Dengan pelepasan iOS 11.2 ini, pengguna yang duduk di negara pada hari 1 Disember tidak akan terkena akan pepijat ini selepas mengemaskini iOS 11.2. Bagi negara Malaysia dan Asia, pengguna menghadapi masalah pepijat ini ialah pada waktu 12.00am tepat iaitu hari ini. Berikut ialah cara yang disarankan oleh Apple seperti di bawah.

Bagi yang terkena pepijat ini, sila menyahaktifkan terlebih dahulu notifikasi bagi aplikasi berasaskan ‘local notification’ pada Settings > Notification > pilih aplikasi > Allow Notifications > Off dan membuat kemas kini iOS 11.2 ini dengan segera samada menggunakan OTA (Over-The-Air) Settings > General > Software Update ataupun menggunakan Restore iOS kepada iOS 11.2 di iTunes.

Seperti contoh, aplikasi yang mempaparkan notifikasi pada setiap hari mengikut waktu yang telah ditetapkan. Aplikasi seperti waktu solat misalnya ialah berasaskan ‘local notification’ ini. Anda menyahaktifkan dahulu notifikasi aplikasi tersebut dan baru membuat kemas kini iOS 11.2. Selepas mengemaskini ke iOS 11.2, tetapkan kembali notifikasi aplikasi yang dipilih sebentar tadi pada Settings > Notification > pilih aplikasi > Allow Notifications > On.

iOS 11.2 telah membawakan penambahbaikan dan penampalan bagi pepijat animasi dan latensi kekunci yang terdapat dalam aplikasi Calculator yang menyebab sebahagian nombor dan simbol tidak boleh ditekan apabila suatu pengiraan kalkulus dimasukkan dengan pantas. Kemas kini ini telah membuang animasi tersebut dan pengiraan kalkulus boleh dimasukkan dengan pantas tanpa ada masalah atau jawapan yang salah.

Selain itu, iOS 11.2 juga telah memperkenalkan notifikasi pemberitahuan fungsi Wi-Fi dan Bluetooth pada Control Center. Kedua-duanya tidak dinyahaktifkan apabila dimatikan pada Control Center dan hanya memutuskan sambungan daripada aksesori atau servis lain. Pada iPhone X, akan terdapat satu ikon palang untuk memudahkan untuk pengguna tahu tempat Control Center diakses terletak di situ.

iOS 11.2 juga akan menyokong pengecasan tanpa wayar pantas untuk peranti iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X. Kelajuan mengecas telah dipertingkatkan kepada 7.5w berbanding 5w yang dibolehkan pada sekarang ini.

Pepijat bagi Predictive Text ‘I.T’ juga telah ditampal pada kemas kini ini yang menyebab sebahagian pengguna tidak dapat menaip ‘it’ dengan betul.

Kemas kini terbaharu ini dilihat merupakan pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi daripada versi sebelum ini. Terdapat beberapa ciri dan fungsi terbaru yang ditambah dan diperbaiki, menjadikan antara versi iOS 11 yang paling stabil selepas iOS 11.1.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *