Kemas Kini macOS 10.12.4 Dilepaskan Secara Rasmi Dengan Mod Night Shift

Apple hari ini telah melepaskan kemas kini macOS 10.12.4 secara rasmi yang merupakan major update keempat bagi sistem operasi macOS 10.12 sejak ia dilancarkan pada 20 September lepas. Kemas kini macOS 10.12.4 mempunyai 8 versi beta untuk percubaan kepada pengguna berdaftar bagi mencuba versi beta dan juga pembangun yang berdaftar.

macOS 10.12.4 ini ialah percuma kepada pengguna yang menggunakan dan disokong sistem operasi macOS Sierra pada komputer Mac masing-masing. Kemas kini ini boleh dimuat turun menggunakan tab Software Update di Mac App Store.

Kemas kini macOS 10.12.4 ini membawakan fungsi yang terdapat pada iOS iaitu Night Shift untuk pertama kalinya pada komputer Mac. Fungsi Night Shift mula diperkenalkan pada peranti iOS dalam sistem operasi iOS 9.3 yang berfungsi untuk menukarkan warna kepada oren kekuningan yang telah menyaktifkan lampu biru (blue light) pada paparan skrin. Bagi yang tidak tahu, blue light ini boleh merosakkan mata apabila melihat skrin secara terus dalam waktu gelap/kurang bercahaya serta boleh menggangu proses tidur.

Fungsi Night Shift ini boleh diaktifkan di bahagian Display pada System Preferences dimana pengaktifan boleh ditetapkan apabila mulanya waktu maghrib/terbit matahari dan dinyahtifkan apabila waktu matahari mula berdasarkan lokasi anda. Night Shift juga boleh disetkan berdasarkan waktu jam yang ditetapkan serta anda juga boleh melaraskan warna kepada kurang panas atau lebih panas. Ia juga boleh diaktifkan di Notification Center atau menggunakan Siri. Cara penggunaan; Night Shift.

Kemas kini macOS 10.12.4 memfokuskan kepada fungsi Night Shift tapi ia juga menambahkan sekali sokongan implak (dictation) bagi bahasa Shanghaiese, integrasi markah bagi sukan kriket untuk Siri, penambaikan PDFKit API dan opsyen iCloud Analytics.

Apple juga turut mengeluarkan kemas kini sekuriti 2017-001 untuk sistem operasi OS X Yosemite dan OS X El Capitan bagi yang masih menggunakan sistem operasi tersebut. Muat turun macOS 10.12.4:

Combo

Delta

Kemas kini Combo ialah untuk pengguna yang menggunakan macOS 10.12.1 misalnya dan boleh terus dikemas kini ke macOS 10.12.4 (boleh skip 10.12.2 dan 10.12.3) dimana ia hanya memasangkan ciri serta fungsi yang terdapat pada 10.12.4 manakala kemas kini Delta akan memuat turun versi penuh sistem operasi macOS 10.12.4.

 

Sumber artikel dan pautan: MacRumors, OSXDaily

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *