Kemas Kini tvOS 10.2 Dilepaskan Secara Rasmi Dengan Tatal Ditingkatkan

Apple hari ini telah melepaskan kemas kini tvOS 10.2 untuk peranti Apple TV yang merupakan major update kedua bagi sistem operasi tvOS sejak dilancarkan pada September 2016 lepas. Kemas kini tvOS 10.2 telah menjalani sesi percubaan dengan 6 versi beta dikeluarkan kepada pembangun yang berdaftar sebelum dikeluarkan untuk semua pengguna.

Kemas kini tvOS 10.2 ini boleh dimuat turun pada peranti generasi keempat Apple TV sahaja menggunakan aplikasi Setting. Pergi ke direktori System > Software Update untuk proses pemasangan. Bagi yang telah aktifkan kemas kini automatik, peranti Apple TV akan dikemaskini dengan automatik.

Menurut nota yang dikeluarkan oleh Apple, tvOS 10.2 memperkenalkan tatal (scrolling) yang dipertingkat bagi membolehkan pengguna untuk tatal dengan lebih mudah dan cepat. Proses tatal yang lama pada alat kawalan jauh akan mengaktifkan tatal yang baharu dan jika ditatal ke kanan akan membolehkan pengguna untuk navigasi terperinci.

Dengan informasi dikeluarkan oleh Apple yang memfokuskan mod tatal baharu, kemas kini ini juga mungkin menambahkan beberapa ciri dan fungsi kecil bagi membaiki pepijat yang ada serta peningkatan prestasi.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *