Kemas Kini watchOS 3.2.2 Dilepaskan Secara Rasmi

Apple hari ini secara rasminya melepaskan kemas kini watchOS 3.2.2 secara rasminya kepada semua pengguna. Sebelum ini, hanya 4 versi beta sahaja dikeluarkan sementara versi beta sistem operasi yang lain ialah sebanyak 5 versi.

Dalam kemas kini ini, tidak ada sebarang ciri dan fungsi yang ditambahkan. Ia hanyalah sebagai kemas kini kecil untuk watchOS 3.2 yang telah dilepaskan sebelum ini. Pada watchOS 3.2, Apple memperkenalkan ciri Theater Mode untuk Apple Watch dan SiriKit untuk aplikasi dan cara untuk menggunakan Theater Mode tersebut boleh lihat di sini.

Pada WWDC 2017 akan datang, Apple dilapor akan memperkenalkan watchOS 4 dengan pelbagai ciri serta fungsi terbaru. Pembentangan tersebut akan berlangsung pada 6 Jun ini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *