Kemas Kini watchOS 3.2 Dilepaskan Secara Rasmi Dengan Fungsi Theater Mode

Hari ini Apple telah melepaskan kemas kini terbaru untuk pengguna Apple Watch, kemas kini watchOS 3.2 yang merupakan major update kedua untuk sistem operasi watchOS 3 yang dilancarkan pada September 2016 lepas. Kemas kini ini dilepaskan setelah menjalani percubaan bermula 30 Januari dengan 7 versi beta dikeluarkan kepada pembangun yang berdaftar sebelum dikeluarkan untuk semua pengguna.

Kemas kini watchOS 3.2 ini boleh dimuat turun menggunakan aplikasi Watch di peranti iPhone dengan direktori General > Software Update. Untuk membuat proses pemasangan kemas kini, peranti Apple Watch mestilah mempunyai bateri sekurangnya 50% ke atas, diletakkan di atas pengecas dan berada berdekatan dengan peranti iPhone tersebut.

Peranti iPhone itu haruslah menggunakan sistem operasi iOS 10.2 untuk membolehkan membuat muat turun kemas kini tersebut dan ia dikemas kini untuk semua peranti Apple Watch.

watchOS 3.2 membawakan fungsi Theater Mode yang membolehkan pengguna untuk mendiamkan bunyi pada peranti dan nyahaktifkan Raise To Wake, bagi mengelakkan skrin dari menyala dengan gerakan tangan. Pengguna Apple Watch masih boleh menerima notifikasi dengan getaran haptik dan sebarang informasi terbaru boleh dilihat dengan menekan butang Digital Crown atau tekan pada skrin. Tutorial penggunaan Theater Mode secara lebih mendalam.

Kemas kini ini juga membawakan fungsi Sirikit kepada Apple Watch yang membolehkan pengguna untuk menghantar mesej, membuat pembayaran, tempahan, panggilan atau pencarian gambar. Sirikit ini mula dikeluarkan kepada peranti iOS sejak sistem operasi iOS 10 dilepaskan tapi baharu kepada peranti Apple Watch.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *