Kemasan Kerangka iPhone X Dilapor Akan Seperti Apple Watch Stainless Steel, Dwi-Kamera Menegak Untuk VR

Peranti iPhone terbaru Apple yang dikhabarkan iaitu iPhone X atau iPhone 8 dilapor akan mempunyai kerangka yang berasaskan stainless steel, sama seperti Apple Watch Stainless Steel menurut laporan terbaru oleh laman blog Macotakara. Sama seperti sumber sebelum ini, iPhone terbaru itu akan mempunyai kerangka stainless steel dengan panel kaca di hadapan dan di belakang, sama seperti reka bentuk peranti iPhone 4/4s yang dahulu.

Seperti yang tersebar dalam skematik baru-baru ini, iPhone X / 8 akan menggunakan dwi-kamera menegak untuk penggunaan teknologi Virtual Reality (VR). Ini akan membolehkan kamera tersebut berada pada posisi mendatar apabila dimasukkan ke dalam VR Headset. Menurut sumber laporan, reka bentuk kamera ini sudah diluluskan untuk peringkat Engineering Validation Test (EVT) dan kini sedang dalam peringkat untuk Design Validation Test (DVT). Sebelum ini terdapat skematik terbaru yang menunjukkan reka bentuk sama pada peringkat EVT termasuklah yang ini menunjukkan ukuran dimensi dengan terperinci.

Dalam laporan tersebut, tidak dinyatakan pula tentang pengesan cap jari Touch ID pada skematik ini.

Akhir sekali, dalam laporan tersebut juga ada menyatakan peranti terbaru yang bakal keluar bersama dengan iPhone X / 8 ini iaitu iPhone 7s dan iPhone 7s Plus akan berharga sama seperti peranti iPhone terkini (mengikut/menggunakan harga iPhone 7 & 7 Plus sekarang) dan dilaporkan juga akan lebih tebal sedikit. Jika betul, casing iPhone 7 dan iPhone 7 Plus tidak akan muat untuk peranti terbaru, menurut laporan tersebut.

Apple sebelum ini telah menambahkan ketebalan sedikit dari iPhone 6 dan iPhone 6 Plus kepada iPhone 6s dan iPhone 6s Plus untuk penggunaan 3D Touch dengan skrin tekanan-sensitif.

 

Sumber artikel: iDownloadblog9to5Mac dan MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *