Kerangka Under Armor Gear Untuk iPad Pro 10.5-Inci Bakal Tersedia Pada Bulan Jun Ini

Pembuat kerangka Under Armor Gear atau UAG (nama yang sering tersilap untuk menulis AUG) nampaknya sedang bersiap siaga untuk menjual kerangka bagi peranti yang dikhabar akan keluar iaitu iPad Pro 10.5-inci. Sistem bekalan di Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) yang dikongsikan kepada 9to5Mac menunjukkan kerangka UAG Metropolis Folio Case ‘for iPad 10.5-inch’ dengan variasi tiga warna yang akan mula tersedia pada bulan Jun ini.

Kerangka yang sama, sudahpun terdapat dan dijual untuk iPad Pro 12.9-inci dengan boleh digunakan untuk Apple Smart Keyboard dan mempunyai bekas untuk Apple Pencil. Berharga sebanyak RM632.50, bagi yang berminat boleh membeli di 11street.

Namun, yang menjadi tanda tanya ialah jika kerangka ini tersedia dan mula dijual akan datang, adakah iPad Pro 10.5-inci ini bakal diperkenalkan pada acara khas Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) pada 6 Jun ini? Jika betul dan bagi yang berminat ingin membeli iPad, anda disarankan untuk menunggu acara khas WWDC itu berlangsung dan jika tidak ada/atau ada barulah anda membuat keputusan.

iPad Pro 10.5-inci dilapor akan mempunyai skrin dengan bezel nipis dan mempunyai sistem pengesan cap jari Touch ID terbina dalam paparan skrin. Ya, peranti iPad kebiasaannya akan mendapat dan menggunakan ciri serta fungsi terbaru yang bakal diperkenalkan pada iPhone X / iPhone 8 bulan September ini. Namun, tidak dipastikan lagi.

Buat masa kini, maklumat data ini dilihat sebagai bukti untuk pembuat kerangka bersiap siaga untuk melancarkan produk mereka daripada menunjukkan tarikh pelancaran tertentu.

 

Sumber artikel: 9to5Mac | Gambar konsep iPad: AppleiDesigner

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *