Kerangka Untuk Apple Pencil Dan Kerangka iPad Pro 10.5-Inci Dengan Bekas Apple Pencil Terbina Dikeluarkan

Nampaknya Apple baru nampak akan berharganya Apple Pencil ini kepada pengguna iPad Pro dan kini Apple telah mengeluarkan kerangka khas untuk stylus ini. Dengan berharga sebanyak RM449 sudah pasti ia menjadi barang yang amat berharga dan apatah lagi kalau ia hilang. Kerangka untuk Apple Pencil ini dijual dengan harga RM139.

Apple juga turut mengeluarkan kerangka iPad Pro 10.5-inci berharga RM 579 dengan bekas Apple Pencil terbina yang membolehkan pengguna meletakkan stylus ini pada kerangka tersebut dan tidak perlu meletakkannya di merata tempat. Kedua-dua kerangka ini diperbuat daripada bahan kulit seperti produk kerangka dan aksesori Apple yang lain.

Bagi pengguna iPad Pro yang berminat, anda boleh membeli kerangka ini pada laman jualan rasmi Apple.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *