Kesemua Tiga Peranti iPhone Tahun Ini Akan Dilengkapi RAM 3 Gigabyte Dan Lightning Connector Dengan Pengecasan Pantas

Kesemua tiga peranti iPhone dari Apple yang bakal keluar tahun ini dikhabar akan dilengkapi dengan RAM 3 Gigabyte, menurut penganalisis daripada Cowen and Company, Timothy Arcuri. Berikut adalah kajian analisa oleh beliau, hasil diperolehi oleh MacRumors:

In terms of memory/storage configuration, all three models will likely adopt 3GB RAM; the 4.7”/5.5” will likely have the same storage options as the current iPhone 7/7+ in 32/128/256GB while the 5.8” model looks to be only offered in two memory configurations: 64GB and 256GB. Finally, the 5.8” model will likely have extended battery life with two packs of batteries.

Analisa oleh Arcuri bercanggah dengan firma penyelidikan dari Taiwan, TrendForce yang telah menyatakan hanya peranti iPhone bersaiz 5.5 inci yang baharu dan peranti iPhone 8 (iPhone X) dengan skrin paparan OLED sahaja yang akan dilengkapi dengan RAM 3 Gigabyte. TrendForce mengatakan peranti iPhone 4.7 inci yang baharu akan kekal dilengkapi RAM 2 Gigabyte seperti iPhone 7. Bagi yang tidak tahu, peranti iPhone 7 Plus sudah pun dilengkapi dengan RAM 3 Gigabyte, maka peranti iPhone 4.7 baharu sahaja yang akan ditingkatkan RAM.

Jika betul, ini merupakan berita yang bagus buat pengguna yang ingin membeli peranti iPhone 4.7 inci seterusnya daripada menambah wang untuk membeli peranti iPhone 8 yang mempunyai skrin paparan OLED.

Arcuri juga menyokong analisa yang dibuat oleh Ming-Chi Kuo daripada KGI Securities yang menyatakan kesemua tiga peranti iPhone 2017 akan masih menggunakan Lightning Connector dengan berkebolehan untuk membawa kuasa sama seperti USB-C untuk pengecasan pantas. Hasil kajian analisa oleh syarikat Cowen and Company ialah dibuat sendiri berdasarkan maklumat oleh pembekal kepada Apple.

The Wall Street Journal sebelum ini menyatakan, peranti “iPhone 8” akan menukarkan Lightning port kepada USB-C tapi laporan tersebut tidak menyatakan maklumat lebih lanjut dan menunjukkan penggunaan Ligtning Connector masih diteruskan.

 

Sumber artikel: MacRumors, Gambar: 

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *