KGI: Apple Akan Melancarkan 3 iPhone Tahun Hadapan Dengan Skrin Bersaiz 5.8-Inci OLED, 6.5-Inci OLED Dan 6.1-Inci LCD

Menerusi laporan oleh penganalisis KGI Securities, Ming-Chi Kuo menyatakan, Apple dilapor akan memperkenalkan 3 model iPhone pada tahun 2018. Ketiga-tiga iPhone ini mempunyai saiz skrin yang berlainan bermula dari model 5.8-inci dan 6.5-inci yang menggunakan paparan skrin OLED diikuti dengan model 6.1-inci menggunakan paparan skrin LCD.

Kuo juga mempercayai ketiga-tiga model ini akan mempunyai skrin penuh dengan rekaan ‘notch’ di atas dan penggunaan sistem kamera TrueDepth yang sama seperti pada iPhone X. Beliau menjangkakan model 5.8-inci masih mengekalkan paparan skrin OLED, yang mungkin merupakan generasi kedua bagi iPhone X sedia ada sekarang ini.

Bagi model 6.5-inci pula dijangka akan menggunakan paparan skrin OLED manakala model 6.1-inci pula menggunakan paparan skrin TFT-LCD. Dari segi harga pula tidak dinyatakan oleh beliau. Jika betul, kesemua barisan model iPhone tahun hadapan akan dibarisi dengan 2 peranti premium dan 1 peranti ‘separa’ premium tapi masih mahal di kalangan rakyat marhaen seperti kita semua.

Model 6.5-inci dilihat akan menggantikan model ‘Plus’ sedia ada dan model 6.1-inci pula menggunakan rekaan yang sama seperti iPhone X tapi pada harga yang lebih murah. Buat masa ini, iPhone X sahaja sebagai peranti premium dan mahal yang dijual pada harga permulaan bermula dari RM5,149 untuk 64GB dan RM5,899 untuk 256GB.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *