KGI: Apple Akan Memperkenalkan iPad Pro 10.5-Inci Dan Siri Speaker Pada WWDC 2017

Acara khas Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) akan berlangsung pada 6 jun ini yang akan memperkenalkan kesemua sistem operasi yang baharu. Kini, menurut penganalisis KGI Securities, Ming-Chi Kuo berkata beliau menjangka Apple bakal memperkenalkan dua perkakasan pada acara khas tersebut.

Dalam laporan sebelum ini, beliau berkata 50% Apple bakal memperkenalkan Siri Speaker atau speaker pintar, kategori produk terbaru untuk syarikat tersebut. Tambahan, beliau juga berkata 70% Apple akan memperkenalkan iPad Pro 10.5-inci semasa acara khas tersebut berlangsung.

Sumber: @AppleiDesigner (Twitter)

Seperti acara WWDC yang sebelum ini, Apple hanya memperkenalkan kesemua sistem operasi baharu dan untuk tahun ini ialah iOS 11, watchOS 4, tvOS 11 dan macOS 10.13. Amatlah jarang sekali untuk Apple memperkenalkan perkakasan pada WWDC. Namun, adalah tidak terkejut jika betul disebabkan acara khas untuk iPad yang selalunya berlangsung pada bulan Mac untuk beberapa tahun sebelum, tidak diadakan pada tahun ini.

Penganalisis itu juga berkata, peranti iPad Pro 10.5-inci ini akan sama seperti iPad 9.7-inci tapi mempunyai skrin dengan bezel nipis. Peranti tersebut juga dilapor akan mempunyai pengesan cap jari Touch ID atau butang Home terbina pada paparan skrin yang sama seperti iPhone 8. Sebelum ini, syarikat pembuat kerangka Under Armor Gear akan mengeluarkan kerangka untuk iPad ini pada bulan Jun.

Siri Speaker (nama tentatif) dilapor akan mempunyai sistem audio berkualiti tinggi dengan teknologi daripada Beats dan dijual dengan harga yang lebih tinggi dari Amazon Echo. Peranti ini juga dikatakan mempunyai skrin sesentuh untuk interaksi pengguna.

Sama-sama kita nantikan WWDC bulan Jun ini.

 

Sumber artikel: 9to5Mac | Gambar: Apple Insider

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *