KGI: iPhone 2018 Akan Bercirikan Rekaan Antena Baharu Untuk Meningkatkan Kelajuan LTE

Model peranti iPhone baharu bagi tahun 2018 hadapan akan bercirikan rekaan modul antena dengan bahan liquid crystal polymer (LCP) yang diperbaharui. Menurut penganalisis KGI Securities Ming-Chi Kuo penggunaan bahan baharu ini ialah untuk meningkatkan kelajuan LTE / pra-5G dalam satu laporan terbaru oleh beliau.

Beliau juga berkata, model iPhone yang baharu akan menggunakan sekurangnya dua modul antena LCP LTE, sama seperti iPhone X tapi dengan penambahbaikan untuk menyokong teknologi 4×4 MIMO. Sebelum ini, Apple dijangka akan menggunakan cipset modem Intel XMM 7560 dan Qualcomm Snapdragon X20.

Kedua-dua cipset modem ini digunakan ialah untuk membolehkan kelajuan LTE yang lebih pantas dan menyokong teknologi 4×4 MIMO berbanding 2X2 MIMO yang terdapat pada model peranti iPhone yang terbaru sekarang ini. Hampir 70% hingga 80% cipset modem akan dibekalkan oleh Intel, menurut beliau dalam laporan sebelum ini.

Dalam laporan beliau sebelum ini juga menyatakan, Apple akan memperkenalkan tiga model iPhone bagi tahun hadapan. Kesemuanya mempunyai saiz skrin yang berlainan bermula dari model 5.8-inci dan 6.5-inci yang menggunakan paparan skrin OLED diikuti dengan model 6.1-inci menggunakan paparan skrin LCD dan rekaan skrin seperti iPhone X serta sokongan Face ID.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *