KGI: Penjualan iPhone 8 Akan Ditangguh Ke Bulan Oktober/November

Dengan beberapa lukisan skematik dan model iPhone X / iPhone yang mula tular baru-baru ini, satu persoalan yang seringkali ditanya ialah tarikh mula penjualan rasmi iPhone tersebut. Ada sebahagian pihak yang masih percaya iPhone ulang tahun ke-10 itu akan diperkenalkan pada bulan September ini namun menurut laporan awal tahun ini oleh Macotakara menyatakan, peranti OLED iPhone 8 mungkin akan mula dijual selepas peranti iPhone 7s dan iPhone 7s Plus dijual.

Kini, penganalisis KGI Securities, Ming-Chi Kuo telah mengeluarkan laporan yang menyokong teori bahawa Apple akan memperkenalkan peranti OLED iPhone tersebut di bulan September tapi akan menghadapi masalah dalam penghasilan akibat kekurangan bekalan komponen. Beliau percaya fasa penjualan iPhone 8 akan bermula sekurang-kurangnya bulan Oktober hingga November, dua bulan selepas penjualan iPhone 7s dan iPhone 7s dimulakan dalam bulan Ogos hingga September.

Punca ini berlaku menurut KGI, disebabkan paparan panel OLED yang ditempah khas, cip pemprosesan Apple A11 berasaskan rekaan 10nm, dan pengesan cap jari terbina yang diintegrasikan ke dalam paparan skrin OLED. Selain itu, KGI menjangkakan stok penjualan iPhone 8 selepas diperkenalkan adalah tidak banyak dan terhad, menghadkan jumlah penjualan iPhone ini untuk tahun 2017. 

Tambahan, KGI juga percaya terdapat perubahan dan penambahbaikan untuk komponen dalaman, iaitu spesifikasi iPhone 7s dan iPhone 7s Plus yang dipertingkatkan, sama seperti model ‘S’ yang lain sebelum ini. Di samping itu, penjualan ketiga-tiga iPhone ini juga dijangka akan mencapai sebanyak 110 juta unit untuk tahun ini. Dengan stok iPhone 8 yang terhad, beliau menjangkakan penjualannya terhad kepada 80-90 juta unit.

Apple dijadual akan memperkenalkan kesemua model iPhone ini pada bulan September kelak. iPhone 7s dan iPhone 7s Plus dijangka akan dijual dengan harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus terkini dengan rekaan yang sama. Apple akan memperkenalkan model iPhone 7s dan iPhone 7s dengan iPhone 8 dalam acara khas yang sama. Namun, nampaknya peminat iPhone yang terbaru ini perlu menunggu masa yang lama sedikit untuk membeli iPhone X / iPhone 8 ini.

 

Sumber artikel: 9to5Mac dan MacRumors, Gambar: @le.pich

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *