Khabar Angin

KGI: Permintaan Dan Penjualan iPhone X Akan Meningkat Pada 2018

Penganalisis KGI Securities iaitu Ming-Chi Kuo dalam satu laporan terbaru menyatakan, permintaan dan pertumbukan serta penjualan bagi peranti premium Apple, iPhone X akan meningkat pada tahun hadapan. Beliau juga berkata penjualan iPhone 8 Plus yang agak tidak laku sekarang ini akan meningkat bersama-sama dengan iPhone X.

Kuo menjelaskan penjualan iPhone X akan meningkat daripada 25 juta unit kepada 27 juta unit pada akhir tahun ini. Bagi suku pertama 2018, beliau menjangkakan pejualan akan meningkat kepada 35% hingga 45% pada suku tahunan. Penganalisis ini juga memberitahu terdapat beberapa sebab bagi penjualan iPhone X meningkat pada 2018.

Pertama, pengguna akan memilih model peranti iPhone baharu dengan mempunyai perubahan yang drastik selepas 10 tahun ia mula dijual. Selain itu, beliau juga melihat permintaan bagi iPhone X akan meningkat sewaktu sambutan Tahun Baru Cina.

Akhir sekali, bagi penjualan iPhone 8 Plus akan meningkat sedikit dengan ciri yang dilihat lebih kurang sama yang terdapat pada kedua-dua iPhone seperti spesifikasi dalaman, kamera belakang, rakaman video, Pencahayaan Potret, penggunaan sistem pengimbas cap jari Touch ID dan sudah tentu, harga yang lebih murah.

Walau apa pun model telefon yang anda gunakan, tetapkan keutamaan bagi perkara atau benda yang penting dahulu berbanding telefon. Tidak semestinya menggunakan model yang lama, anda akan dipandang rendah tapi jika mempunyai rezeki lebih dan tak tahu nak buat apa, itu terpulang pada anda.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.