Apple iPhone Khabar Angin

KGI: Teknologi Kamera TrueDepth Pada iPhone X Mendahului Hampir 3 Tahun Berbanding Pesaing

Pesaing kepada Apple memerlukan sehingga dua tahun setengah bagi mencipta semula penggunaan dan pengalaman pengguna bagi teknologi kamera TrueDepth yang terdapat pada iPhone X, menurut penganalisis daripada KGI Securities iaitu Ming-Chi Kuo.

Dalam laporan oleh beliau sebelum ini, Kuo menjangkakan pesaing-pesaing akan memerlukan sehingga satu hingga dua tahun untuk mengejar tapi setelah melihat secara lebih terpeninci mengenai teknologi oleh Apple ini, kini dipercayai ia akan mengambil masa yang lebih lama.

Apple sebelum ini dikatakan ‘lebih ke belakang’ apabila memperkenalkan ciri terbaru yang terdapat pada peranti telefon pintar mereka. Dengan kamera TrueDepth ini bakal memberikan Apple mendahului pada tahun 2018 dan 2019 dari segi teknologi termasuklah pasaran telefon pintar bagi tahun yang akan datang.

 

Sumber artikel: MacRumors

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.