Kini Gambar Kerangka Dan Screen Protector iPhone X Pula Tertiris

Seperti biasa dalam setiap minggu kita akan mendapat atau melihat khabar angin, laporan termasuklah bahan media mengenai peranti iPhone X / iPhone 8 yang bakal diperkenalkan pada bulan September ini. Sebelum ini, terdapat pelbagai lakaran skematik yang telah tertiris dan kini pula ialah gambar kerangka serta screen protector yang dikatakan untuk iPhone X ini.

Pada gambar itu melihatkan screen protector yang diletakkan di atas peranti iPhone 7 dan mempunyai rekaan yang sama malah lebih besar sedikit dari saiz paparan skrin iPhone 7. Seperti yang dikhabarkan, saiz dimensi peranti iPhone 8 ini adalah sama seperti saiz dimensi peranti iPhone 7. Bercakap mengenai screen protector, boleh atau tidak untuk melekat screen protector, tempered glass, skins, coating di belakang iPhone?

Selain itu, terdapat juga gambar kerangka yang tertiris menunjukkan tempat butan Power dengan potongan kecil di atasnya. Tidak dipastikan potongan kecil itu untuk apa dan terdapat komponen yang seperti plastik kecil di dalam tempat butang Power dan Volume.

iPhone X / iPhone 8 ini akan diperkenalkan pada bulan September ini bersama-sama peranti iPhone 7s dan iPhone 7s Plus seperti yang dilaporkan. Penjualan iPhone 8 ini mungkin akan mengalami kesulitan dan ditunda pada bulan Oktober ataupun November.

 

Sumber media: KKSneaksLeaks

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *