Kod Generasi Terbaru Apple TV Mula Muncul Pada Catatan Pembangun

Apple mula memperkenalkan peranti yang menggunakan sistem operasi tvOS iaitu Apple TV generasi keempat. Apple TV 4 merupakan peranti Apple TV yang kedua yang menerima kemas kini utama untuk platform tersebut sejak Apple TV diperkenalkan pada September 2010. Apple TV 4 mempunyai reka bentuk yang sama seperti Apple TV 2 dan 3 cuma ia agak tinggi sedikit dan disertakan sekali alat kawalan jauh yang diintegrasi dengan sokongan Siri termasuklah mikrofon.

Menurut pengasas Firi Games, syarikat yang membangunkan permainan pada iOS dan tvOS melaporkan peranti dengan kod ‘AppleTV 6,2’ mula muncul pada catatan pembangun. Peranti Apple TV 4 terkini sekarang ini ialah menggunakan kod Apple 5,3, secara logiknya kod 6,2 ialah peranti yang seterusnya.

AppleTV 6,2 juga turut dilaporkan sedang menggunakan sistem operasi tvOS 11. Buat masa sekarang, sistem operasi terkini untuk tvOS ialah versi 10.2, maka tvOS 11 merupakan sistem operasi yang bakal keluar. Namun, tiada sebarang jangkaan tentang kemas kini tvOS yang akan datang. Sebelum ini, Apple TV 2 telah diisytiharkan sebagai peranti usang yang merupakan ‘adat tradisi’ Apple untuk menghapuskan produk yang lama sebelum produk yang baru diperkenalkan.

Menurut khabar angin oleh Bloomberg yang menjangkakan, Apple kini sedang menguji peranti Apple TV terbaru dengan fungsi sokongan video resolusi 4K. Fungsi yang tidak ada pada generasi Apple TV terkini.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *